Syurgaku......
by Noor Nazirah Adnan on Tuesday, May 25, 2010 at 3:30pm ·
Cahayaku.....Naluri wanita muda itu berdetik yang jejaka itu memang cahaya untuknya.Dialah pahlawan,hero dan doktor juga buatnya,...Kenapa jejaka itu???Wanita muda itu sendiri tidak pasti dan jawapannya tidak diketahui.Terpinga-pinga wanita muda itu sendirian tatkala memikirkan hal itu,namun wanita muda itu amat terharu kerna ketika wanita muda itu sedang sakit dan tenat dilanda dengan pelbagai permasalahan,tanpa di duga jejaka itu datang menjelma menghulurkan tangan untuk membantu wanita muda itu.Memang wanita muda itu sedang terkapai-kapai kelemasan mengharapkan bantuan.Ramai yang cuba membantu tapi tiada siapa yang benar-benar ingin membantu..Pelbagai alasan yang diterima,ada yang takut lemas,ada yang belum bersedia,ada yang hanya berpura-pura ingin membantu,ada yang tidak berkeyakinan...Namun jejaka itu berani menghulurkan tangan membantu wanita muda itu tanpa memikirkan risiko yang bakal jejaka itu hadapi...Wanita muda itu bangga dengan jejaka itu kerana jejaka itulah penyelamat wanita muda itu.Tanpa jejaka itu mustahil wanita muda itu akan kuat berdiri gagah seperti ketika ini,tanpa jejaka itu.. wanita muda itu tidak akan mampu untuk mengharungi hidupnya yang menjelma kini........berbagai2 jenis manusia yang wanita muda itu temui.....tapi mungkin jejaka itu tidak sedar hanya dia yang mampu mengembalikan sinar dalam hidup wanita muda itu,kerna dia yang benar-benar ikhlas memimpinnya yang hampir tersembam,mungkin jejaka itu sendiri tidak menyedari segala tindakannya,bahawa keikhlasan dan kejujuran yang diberikan telah mampu membawa sinar kebahagiaan dalam hidup wanita muda itu....termenung seketika wanita muda itu ketika memikirkan semua kebaikan yang dilakukan oleh jejaka itu padanya.Tidak terbalas rasa kasih yang mencurah-curah yang di berikan oleh jejaka itu buat wanita muda itu...tidak terbayar cinta yang di layarkan oleh jejaka itu buat wanita muda itu....hanya Tuhan yang tahu...segalanya.Hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya...wanita muda itu bersyukur kerna kali ini dahan yang dipautnya untuk meneruskan kehidupannya nampak kukuh dan kuat,kental dan berisi...InsyaAllah tidak akan reput kecuali dengan kuasa Tuhan.....Memang kuasa Tuhan itu amat menakjubkan....tiada siapa yang dapat menandingi kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa,Maha Mengetahui,Maha Adil dan Bijaksana itu.Siapa yang mampu melawan takdir Tuhan....Qada' dan Kadar Tuhan...wanita muda itu kini berasa amat gembira dan bahagia dengan jejaka itu.Memang amat menakjubkan....semua yang dilakukan sama,gerak hati serupa,riak wajah seakan membuatkan pautan diantara wanita muda itu dan jejaka itu bertambah kuat.. semaian rasa kasih dan sayang mengeratkan lagi hubungan wanita muda itu pada jejaka itu...hanya satu yang wanita muda itu harapkan semoga kasih sayang dan cinta jejaka itu pada wanita muda itu kekal selamanya,hanya jejaka itu di hati dan ingatan wanita muda itu hingga ke nafas terakhirnya dan tidak terlintas dihati wanita muda itu untuk curang kepada jejaka itu.... kerna bagi wanita muda itu kini....dia adalah SYURGA KU..............

Wanita Itu........
Wanita itu.............Seorang Wanita yang asalnya suci seputih kapas akhirnya bertukar menjadi pelbagai warna kehidupan.Wanita itu bertukar watak dan cara kepada yang bukan dirinya angkara geram dengan manusia yang tidak tahu menghargainya...Wanita itu mula mencari kehidupan palsunya dan bermulalah bermacam-macam dugaan yang dilaluinya...pahit,getir,onak, badai,gelora.Wanita itu tetap meneruskan perjalanan hidupnya walaupun hidupnya kini ibarat bunga yang terkulai layu terbuang tanpa madu... tetapi dia tetap meneruskan kehidupannya tanpa menyalahkan sesiapa...Wanita itu tidak mengeluh sedikitpun atas segala yang terjadi,baginya itu satu ujian dan dugaan hidup untuknya....Wanita itu menerima segala tohmahan,cacian dan hinaan yang bukan kesalahannya,Wanita itu sanggup berkorban segalanya demi Insan yang disayangi....Adilkah Jika wanita itu dipersalahkan sendiri kerana tidak pandai membawa diri dan terlalu lemah sehingga manusia boleh mempergunakannya sewenang-wenangnye..berdosakah jika Wanita Itu hanya menyintai seseorang dalam kehidupannya sepenuh hati dan sanggup berkorban demi Insan yang dicintai itu........Wanita itu hanya ingin dihargai,disayangi dan dicintai..salahkah jika Wanita itu membuat keputusan untuk berpisah demi kebahagiaan Insan yang di sayangi,Berdosakah Wanita itu memutuskan hubungan yang telah terjalin bertahun-tahun lamanya untuk mencari kehidupan diri sendiri yang telah lama hilang....Kadang-kadang kita lupa Insan yang berada di depan kita,kadang-kadang kita terlalu asyik dengan kesibukan duniawi sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap sesuatu perhubungan.....Hubungan dengan Tuhan,Keluarga,Rakan-rakan dan segalanya..............Memang manusia mudah lalai dan terlupa...manusia juga selalu tidak menghargai sesuatu yang berada di depan mata,tetapi bila tiada kita akan tercari-cari,rindu,teringat dan mula menghargainya...Wajarkah peluang diberi berulang-ulang kali kepada Insan yang kita sayangi,sampaikan diri sendiri seolah-olah tiada harga diri kerana terlalu mudah memaafkan dan memberi peluang....Wanita Itu sedikitpun tidak marah dengan ape yang dilakukan oleh Manusia-manusia itu terhadapnya walaupun hidupnya kini Ibarat Bunga yang habis madunya....sebagai manusia layak kah Insan itu diberi peluang berkali-kali dan adakah Insan itu akan menyesali segala apa yang pernah dilakukan atau akan mengulangi semula perbuatan yang sama terhadap Wanita itu?Wanita Itu berubah watak adalah kerana terlalu kecewa dengan sikapnya ,Wanita itu sanggup mengubah hidupnya....demi mengubat hatinya... walau di sakiti dan tidak dihargai wanita itu masih lagi bersama manusia-manusia itu kerana sayang.Hati wanita Itu terlalu kecewa,tersiksa,hancur berderai dengan sikap manusia yang tidak tahu menghargainya....Segala Pengorbanan yang telah dilakukan oleh Wanita itu seolah-olah tidak memberi kesan bahkan hanya membuat Wanita itu menangis......Wanita itu cuba untuk bangun dan berdiri sendiri dengan Azam kembali ke Jalan yang lurus walaupun Wanita itu sedar bunga yang tiada madu ,tidak lagi akan berkembang mekar dan harum...Namun dia teruskan juga pencarian hidupnya dengan kakinya yang lemah dan langkahnya yang tiada tujuan......Wanita itu masih mencari jalan untuknya kembali ke Jalan yang benar dan berusaha mencari ruang demi kebahagiaan hidupnya sendiri....Wanita itu perlukan bantuan untuk berpaut ke dahan yang lurus,kuat dan tidak patah untuk menjadi tongkat baginya menuju ke jalan yang benar dan diredhai..Hanya berbekalkan doa dan berserah kepada Tuhan Wanita itu memberanikan diri untuk meneruskan kehidupannya..Wanita itu yakin semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan Wanita itu kini semakin kuat dan Tabah dalam kehidupannya walupun kini dia sendiri.....Dia semakin Tenang dan masih menunggu Tongkat yang benar-benar kuat untuknya meneruskan kehidupan yang diredhai...Dia yakin sinar pelangi buatnya ada dihadapan..Mungkin pintu hatinya masih tertutup rapat kerana terlalu kecewa,tetapi dia menerima sekiranya Sinar Pelangi itu muncul bagi membantu membawanya ke jalan yang benar.........itulah hakikat kehidupan yang sebenar.....Manusia Tidak Pernah Lari Dari Melakukan Kesilapan,Jadi Hendaklah kita Bertaubat sekiranya telah melakukannya.........
No comments:
Post a Comment