Monday, 21 May 2012

MY HOBBY

SOLEKAN SAMBUT MENANTU & PERNIKAHAN
SOLEKAN DINNER


SOLEKAN ANNIVERSARY



SOLEKAN PERTUNANGAN



SOLEKAN PERNIKAHAN / PERTUNANGAN
Ini adalah diantara hobi aku ketika masa lapang.Bukan hobi je,boleh juga tambah duit poket dengan buat part time solekanni.Aku masih dalam peringkat belajar lagi,kira baru permulaan r ni.Ada lagi gambar yang aku xdapat nk masukan atas sebab2 tertentu.Boleh r kalau kawan2 yg berminat tu  nk suruh aku solek,email jek aku.

Sekarangni,aku just tunaikan permintaan solekan untuk dinner,anniversary,tunang,nikah n untuk majlis biasa2 jek.Majlis perkahwinan besar2 aku xberani lagi.Inipun bukan apa just nak isi masa lapang supaya masa yg adani xterbuang macamtu je.

So,awak2 semua janganlah biarkan hobi kitani macam tu je,manfaatkanlah...paling kurangpun leh dapat duit tambahan heheeheheh

Saturday, 19 May 2012

Menu

BBQ CHICKEN MAYO MIX VEGY N GRAPE BLISS
KURMA VEGI RICE
DAGING KURMA AZHRIQ ADELIRA
PEACE MAYO LAMB CHOP N WATERMELON JUICE
PRAWN ASPARAGUS MIX CHICKEN BBQ N TROPICANA
FRIED CHICKEN BUTTER RICE N TROPICANA

VEGI SEAFOOD FRIED CHICKEN N TROPICANA



Inilah dia antara ciptaan makanan CINTA HATI yg direka cipta khas menggunakan resepi tersendiri oleh Pn Iera khas buat Mr Azhar n Puteri Adelia menikmatinya.Kadang2 tu nak makan dekat luar naik bosan sampai termenung pegang menu sebab tak tahu nak order apa.Semua sama je.Dari segi kebersihan hurm susah la nak jamin.Mencuba sesuatu masakan amat menyeronokan lagi2 buat insan2 tersayang n tercinta..Kira boleh jugak hilang stress ditempat kerja...yg penting kena ikhlas baru masakan tu enak ditambah pula  dengan bahan2 yang berkhasiat sesuai untuk menjaga kesihatan keluarga or org tersayang.Bila lihat insan tersayang menikmatinya dgn licin pinggan semua, penat memasak tadipun hilang r....tu yg best tu....

Friday, 18 May 2012

Penulisan Novel

Ketabahan Hati Seorang Lelaki

by Noor Nazirah Adnan on Tuesday, December 21, 2010 at 10:46am ·
Termenung dalam senyuman lelaki itu memikirkan segala yang terjadi dalam hidupnya,hanya berserah kepada Tuhan dan takdir untuk menentukan segalanya.Sedikitpun tiada rasa kesal dihati lelaki akhir 30an itu atas segala yang terjadi.Hanya senyuman yang terukir dibibir lelaki itu. “Hurm semuanya hanya tinggal kenangan”keluh lelaki itu sendirian.Mahligai yang dibina selama lima belas tahun yang disemai dengan penuh kasih sayang bersama seorang wanita yang benar-benar menyintainya dulu kini berkecai sekelip mata akibat nafsu duniawi.Yang merana empat cahaya mata mereka yang menjadi mangsa keadaan menerima nasib atas penceraian ibu bapa mereka. “Tuhan Maha Berkuasa ,mungkin Tuhan tidak mahu aku terus menjadi suami yang dayus membiarkan kesalahan isteri terang-terangan melakukan dosa.Anak-anak menjadi saksi semua kejadian ketika aku keluar bekerja di luar kawasan.Kalau aku tidak percayakan anak nak percaya pada siapa lagi,sedangkan aku sendiri telah beberapa kali terserempak isteriku bercakap dengan lelaki dan aku sendiri telah beberapa kali membaca sms yang bertuliskan ayat-ayat cinta di telefon bimbit isteri aku tanpa dia sedari.Tiga tahun keadaan ini berlaku aku masih mendiamkan diri kerana memikirkan anak-anak dan rumahtangga yang terbina setelah sekian lama.Tuhan Maha Mengetahui segalanya.Tetapi yang kesalnya isteri aku cuma tahu menunding jari ke atas aku bagi menutup semua kesilapan yang dia lakukan,sedangkan aku mencari rezeki siang malam demi kebahagiaan keluarga.Tidak pernah aku mengabaikan tanggungjawab aku kepada isteri dan keluarga sama ada dari segi zahir mahupun batin,bahkan isteri aku sendiri tahu segalanya cukup dia sendiri mengakui hal itu.Kenapa dia tidak pernah mensyukuri segalanya?Setiap kali gaji aku serahkan semuanya kepada dia sampai aku sendiri kadang-kadang terpaksa mengikat perut bila ingin bekerja diluar kawasan bahkan tiada ruang langsung untuk minum di kedai bersama teman-teman kerana memikirkan isteri dan keluarga yang tersayang.Walaupun aku tahu taktik yang dia gunakan bila masa aku hendak gaji sahaja dia akan mengambil hati aku,seperti mengurut aku,masak yang sedap-sedap,layan aku pada tahap kelas pertama tapi aku tidak kisah sebab bagi aku dia adalah isteri aku dan dia juga ada hak keatas duit dan hartaku.Memang layanannya akan berkurangan bila tengah bulan dan bila duit tiada.Tetapi aku langsung tidak ambil hati dengan sikapnya . Aku juga sanggup memberi dia menggunakan kereta temahal Malaysia kesayangan aku serta membeli dan menggunakan kereta kecil untuk bekerja kerana kereta amat penting bagi kerja yang aku lakukan bagi kesenangan dia supaya memudahkan dia mengambil anak pulang dan menghantar anak pergi sekolah.Dia hendak menjual kereta yang aku gunakan untuk mencari rezeki kerna ingin memiliki kereta terkini di Malaysia dengan namanya sahaja pun aku turuti sahaja.Tapi kenapa dia salah gunakan segalanya.Kenapa dia tidak pikir bahawa lelaki-lelaki yang mengikutinya dan memujinya hanya mahukan duitnya dan kemewahan yang mereka nampak pada dia.Kenapa dia begitu bodoh sanggup mengorbankan segala kesenangan dari kesusahan yang dibina bersama bertahun-tahun hanya kerana nafsu semata-mata.Setiap suami mengetahui kecurangan isterinya apabila tidur bersama.Berdosakah aku??Berdosakah aku ingin segalanya kembali pulih.Bila mahu berbincang sahaja,kemas beg keluar dari rumah hingga berhari-hari.Tiada perasaankah aku?Tiada air mukakah aku pada jiran-jiran tertangga?Dimana hak aku untuk bersuara sebagai ketua keluarga?Tidak pernah aku menggunakan kuasa vetoku sebagai seorang suami,tapi bila keadaan memaksa aku terpaksa meninggikan suara,terpaksa aku memukul sayang padanya demi keluarga yang tercinta,dengan harapan supaya dia sedar kesilapannya.Aku sayangkan keluargaku yang terbina selama lima belas tahun.Tapi semuanya hampa.Aku rindukan keriangan suara anak-anakku.Tapi apakah dayaku,aku tidak mampu melawan takdir dari Ilahi.Aku tidak mampu menyekat nafsu manusia yang bergolak,aku hanya insan yang lemah,yang aku mampu hanya berdoa kepada Tuhan.Walaupun dia curang sekalipun aku sanggup menerimanya demi anak-anak.Tapi kenapa dia langsung tidak menyedari semua kesilapan yang dia lakukan?Kenapa dia begitu buta dan taksub kepada manusia yang bertopengkan syaitan.Tiga Bulan aku dan anak-anak ditinggalkan sebelum dia memohon fasakh dari aku.Namun aku sentiasa bersabar.Bahkan selama tiga bulan aku mencarinya.Merayu kepadanya agar pulang demi keluarga yang telah terbina selama lima belas tahun.Alangkah malangnya kerna hatinya begitu keras dan terlalu ego untuk mengakui semua kesilapan yang dia telah lakukan.Semua telah terbukti,anak-anak sebagai saksi apa lagi yang perlu dipertahankan.Aku cuma mahu dia memperbetulkan semua kesilapan yang dia telah lakukan dan bina semula keluarga kami yang ibarat menanti belah.Hanya itu yang aku mahu.Aku terlalu sayangkan keluarga aku dan anak-anak.Lima belas tahun bukannya masa yang singkat dan mudah untuk dilupakan.Ianya terlalu sukar.Terlalu sakit dan pahit untuk ditelan.

Aku menerima surat tuntutan fasakh dari mahkamah.Waktu itu hati aku benar2 berkecai.Aku cuba juga meminta nasihat dari orang tuaku serta merujuk hal ini kepada orang yang bijak pandai untuk membuat keputusan bagi pihak aku.Namun mereka semua menasihatkan aku agar merelakan tuntutan ini. “Jika ini yang dia nak lepaskanlah dia.Selagi dia dalam ikatan encik,dia masih didalam tanggungjawab encik.Kalau dia buat dosa dekat luar sana encik yang kena tanggung.Dah itu yang dia mahu,lepaskanlah dia.Pandai-pandailah dia nak hidup dekat luar sana tu nanti.”Nasihat dari ustaz tersebut.Aku cuba bertanya pada ayah,hal demikian namun jawapan ayah “Dah tak boleh lagi,tak kan kamu nak dia lagi setelah apa yang dia buat pada kamu.Kamu akan terus hidup dengan bayang-bayang hitam yang dia lakukan.Tiada kepercayaan dan ketenangan diantara kamu berdua kelak kalau terus bersatu.”Berkali-kali aku meminta nasihat dari ayah namun jawapan ayah masih sama.Walaupun aku tahu ayah amat menyayangi menantunya itu kerna aku adalah anak kesayangannya. “Kau tak kan boleh tenang dengan semua yang dia telah lakukan.Kalau kau pikir anak-anak,perasaan kau macam mana?Boleh kau hidup lagi dengan perempuan macam tu?Sekarang pun dia masih tak balik.Tinggal mana dengan siapa kau sendiripun tak tahu”bebel emakku di telefon.Aku hanya mendiamkan diri.Pilu hati aku melihat anak-anak yang sedang lena diulit mimpi.Sedih aku rasa melihat anak-anak akan hidup dengan keluarga yang pecah belah tanpa kasih sayang yang sempurna dari seorang ibu.Apa lagi yang mampu aku lakukan.Sememangnya apa yang dia lakukan memang aku tidak dapat maafkan hingga ke akhir hayatku.Tapi demi anak-anak aku sanggup melupakan egoku.Asalkan anak-anak mendapat kasih sayang dari mama dan ayahnya.Sepanjang malam aku berdoa meminta petunjuk.Namun kesudahannya talak satu dijatuhkan dengan syarat oleh Mahkamah syariah dari aku.Aku redha dengan segalanya.Jika ini suratan dari Ilahi aku redha.Aku yakin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.Terlepas sudah aku dari tanggungjawab sebagai seorang suami.Mungkin Tuhan sayangkan aku,jadi dia tunjukkan aku jalan yang benar. “Semoga dia bahagia dengan hidupnya.”Detik hati kecilku.Aku jalani hidup bersama dengan anak-anakku sepeti biasa.Kini akulah ayah akulah mama mereka.Setiap hari kelam kabut aku mahu pulang awal demi menyiapkan makanan untuk anak-anakku.Selamatlah anak dara sulungku telah berumur 14 tahun.Jadi dia pandailah sedikit kerja-kerja di dapur.Jika aku lewat aku akan memesannya untuk memasak nasi.Bila balik nanti baru aku memasak.Kadang-kadang aku beli sahaja lauk untuk dimakan.Kalau ada masa yang lebih aku bawak mereka makan diluar.Tapi aku selalunya masak sebab aku tidak mahu anak-anak merasa kehilangan mama mereka.Aku mahu mereka tetap mendapat kasih seorang ibu walaupun mama mereka tiada.Pagi-pagi aku akan bangun awal untuk menyiapkan anak-anak sekolah dan menyediakan sarapan pagi untuk anak-anakku.Memang payah sedikit pada permulaanya.Tapi lama kelamaan ianya jadi biasa dan tidak langsung membuat aku rasa kekok.Bahkan aku bahagia melihat anak-anak gembira.Apa sahaja makanan yang mereka mahu makan aku akan cuba masakan sebaik mungkin buat mereka.Hidup aku kini hanya buat anak-anakku.Tanpa mereka pasti aku akan mati.Kerna aku teramat-amat menyanyangi semua anak-anakku.

Kebahagiaan tidak berpanjangan.Tuntunan anak pula dibuat oleh bekas isteriku.Anak-anakku kini perlu dipisahkan.Yang sulung dan ketiga aku yang ambil dan yang kedua serta yang bongsu iaitu heroku bekas isteri yang ambil.Aku terasa amat sedih.Namun aku langsung tidak melawan tuntutan tersebut kerana bagi aku dia juga berhak keatas anak-anak.Mereka juga adalah anak-anaknya dan dia adalah mama mereka.Aku tahu anak-anakku juga sedih.Namun aku akur dengan keputusan mahkamah,tidak perlu tamak.Lagipun bolehlah mereka bertemu dengan mama mereka lepasni.Tidaklah mereka rasa kekurangan.Sekurang-kurangnya hanya aku dan mama mereka bercerai anak-anak tetap mendapat kasih sayang yang sempurna dari aku dan mama mereka.Anak-anakku kini berpecah ,dua pada ku dan dua lagi pada mamanya.Aku redha dengan semuanya.Mungkin ini telah tertulis.Musim cuti sekolah bermula.Kebetulan aku perlu bekerja di luar kawasan.Aku bertanya pada anak-anak yang ada padaku sama ada mahu berjumpa dengan mama mereka atau tidak.Mereka tidak mahu bertemu dengan mama mereka.Namun aku memujuk mereka agar bertemu dengan mama mereka “Dengar sini sejahat-jahat mana pun dia tetap mama kamu.Jangan benci dia.”Pujuk ku pada anak-anak.Anak-anak mengikut sahaja.Lebih kurang seminggu aku meninggalkan mereka dirumah bekas ibu mertuaku,aku kembali ke rumah bekas ibu mertuaku untuk mengambil anak-anakku.Heroku demam mahu mengikuti aku.jadi aku ambil sekali heroku.Kini tiga orang anakku ada padaku.Puteri keduaku tidak mahu mengikutiku seperti membenciku.Namun aku langsung tidak mengambil hati dengan sikap anak-anak.Bagi aku mereka masih kecil. Mereka tidak memahami keadaan sebenar.Setelah mengambil mereka aku terus membawa mereka berjalan-jalan.Semasa dalam perjalanan pergi bercuti tetiba Puteri sulungku berkata “Ayah,adik nak duduk dengan mama,kami semua nak duduk dengan mama sambil menangis.Adik tak tahu macam mana nak bagitahu ayah,adik kesiankan ayah tapi adik terpaksa buat keputusan.Adik nak duduk dengan mama”.Aku hanya diam membisu.Aku tidak mahu merosakan suasana percutian kami kerna itu yang sering aku lakukan dulu ketika keluarga kami masih bersatu.Setiap cuti sekolah pasti kami akan bercuti bersama semua.Seluruh pelosok di semenanjung telah aku jelajahi bersama dengan keluargaku.Cuma luar Negara sahaja yang aku belum mampu membawa mereka.Aku mahu mereka berasa gembira.Akhirnya aku bersuara “Adik-adik dah ikut mama,tinggal dua je lagi dekat ayah,Kalau kakak dan adik pergi hidup ayah kosong dah tak ada makna”.Aku cuba menahan sebak sambil menyambung kata-kataku “Ayah tidak akan halang.Mana yang anak-anak ayah selesa dan bahagia ayah akan terima dengan hati terbuka”.Puteri sulungku menangis sambil berkata “Adik tidak akan tinggalkan ayah”.Memang Puteri sulungku menggelarkan dirinya adik .Jadi kerna itu dia berperangai lebih kebudak-budakan.

Urusan pandaftaran sekolah anak-anak bermula,aku telah membeli segala keperluan sekolah anak-anak.Sementara musim baru sekolah bermula dapatlah mereka berehat tidak perlu mereka kelam kabut mencari perkakas sekolah kerana semuanya telah selesai.Aku keluar bersama Puteraku.Tiba-tiba dapat sms dari Puteri sulungku. “Ayah,mama datangni nak bawak kami jalan-jalan,dia nak bawak adik sekali.Aku terdiam.Baru seminggu aku bagi mereka tinggal dekat mama mereka dah mereka nak amik lagi anak-anak aku.Terasa seperti ada yang tidak kena.Namun aku tidak mahu memikir perkara yang tidak baik.Pujuk hatiku yang anak-anak juga adalah anak-anaknya.Dia juga ada hak kerna dia adalah mamanya.Aku menghantar Puteraku pulang.Memandangkan bekas isteri aku ada dirumah kami,jadi aku tidak masuk kerumah hanya menghantar Puteraku kemudian aku keluar. Setelah mereka semua beredar.Aku pulang ke rumah.Bila pulang aku terasa sunyi benar tanpa anak-anak disisi.Sunyi sepi aku melihat keadaan rumah.Anak-anak tidak pulang alasan membawa mereka pulang ke kampung beberapa hari sebelum buka sekolah.Aku benar-benar sunyi.Batinku tersiksa rindukan anak-anak.Benar-benar tersiksa.Aku terasa begitu kosong. “Ya Allah ujian apakah pula yang kau berikan padaku Ya Allah,berikanlah aku kekuatan”.Keluhanku di dalam hati.Sememangnya adikku yang baru berkahwin tinggal bersama denganku semenjak aku mula bercerai lagi memandangkan dia masih belum ada tempat tinggal jadi bolehlah mereka melihat anak-anakku dan menemaniku sepanjang ketiadaan anak-anak.Tidaklah aku sunyi sangat.Anak-anak abang aku juga ada turut menemani aku.Jadi dapatlah mereka menjadi penglipur lara.

Jam menunjukan pukul 10 malam.Aku berseluar pendek malam itu baru lepas karaoke bersama dengan anak-anak saudaraku.Melayan mereka tidaklah aku terasa bosan sangat.lagipun adikku dan adik iparku ada bersama.Terhiburlah sedikit hati aku melihat gelagat mereka.Baru sahaja aku mahu melelapkan mata tiba-tiba ada orang memberi salam dengan beberapa ketukan.Aku lantas bangun lalu membuka pintu. “Encik saya Pegawai Penyiasat mahu menahan Encik untuk siasatan lanjut”.Tersentak aku bila Polis datang mahu menangkapku.Aku masuk kedalam bilik menyarungkan seluar panjang dan t shirt sambil ditunggu oleh Pegawai berkenaan. “Ya Allah apa pula ujianmu kali ini Ya Allah”bisikku di dalam hati.Aku cuma tersenyum dalam keadaan tenang. “Maaf Encik saya kena gari Encik” Pegawai itu memberitahuku. “Tak apa garilah,nak gari belakang ke depan”Tanya ku kepada Pegawai terbabit. “Belakang boleh?Tanya Pegawai tersebut. “Boleh,tiada masalah”.Jelasku. Tiba-tiba seorang dari pegawai terbabit bersuara “Bekas bini Encik tu gilalah memekak aja,menjerit-jerit kalau dah bagus sangat tangkaplah sendiri tak payah nak suruh kami datang,bingit telinga kami”. “Ha??Bekas bini?Apa kena mengena dia pulak dalam masalahni?”Tanya aku kepada Pegawai terbabit. “Nanti dekat balai kita ceria ye Encik.Encik sabar ye.”Nasihat Pegawai tersebut kepada aku.Aku hanya mendiamkan diri.Menanti apa pula selepas ini.Aku dibawa ke balai untuk siasatan.Setibanya aku di balai,aku di soal siasat. “Awak tau kenapa awak dibawa kesini?”Soal salah seorang Pegawai Penyiasat yang bertugas. “Hurm saya tidak tahu Tuan.Apa kesalahan yang saya telah lakukan hingga saya ditangkap.Kenapa saya ditangkap?Apa salah saya Tuan?”Soalku kepada Pegawai tersebut. “Baiklah jika awak tidak tahu saya akan bagitahu.Awak ditahan kerana dituduh merogol anak perempuan pertama awak.”Jelas Pegawai terbabit.Pegawai terbabit terus membacakan aduan yang dilakukan oleh bekas isteriku kepadaku.Menurut aduan tersebut dilakukan oleh anak ketiga aku sebagai saksi kejadian. “Ya Allah,berat benar ujianmu Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui segalanya.Engkau mengentahui betapa aku terlalu sayangkan anak-anakku.Mustahil aku tergamak memakan darah daging aku sendiri.Aku bukan haruan makan anak.Aku tidak diajar sedemikian oleh kedua ibu bapaku.Kenapa Engkau menguji aku dengan ujian sehebat ini Ya Allah.Kuatkanlah aku Ya Allah.”Tangisku di dalam hati.Aku terdiam membisu.Tidak tahu apa yang hendak aku katakan.Yang aku mampu berdoa kepada Allah semoga segala kebenaran terbukti.Aku tidur di dalam gerigi besi itu selama tiga hari.Aku di soal siasat.Layanan yang diberikan tidaklah sekejam cerita yang aku dengar,mereka melayan dengan baik cuma sedikit tegas.Aku meminta sejadah untuk menunaikan solat Subuh.Sambil menangis aku memohon agar diberi kekuatan hati.Aku difitnah oleh bekas isteri aku sendiri.Sampai hati,hidup selama lima belas tahun rupanya langsung tiada kesan buatnya.Aku benar-benar kecewa.Namun aku pasrah,aku tidak boleh mengalah.Aku perlu kuat.Mungkin ada sinar buatku dihadapan.Kerja Tuhan siapa yang mengetahui.Aku terus disoal siasat “Encik pernah cium anak Encik,Encik peluk anak Encik?”Soal Pegawai terbabit. “Memang saya akan cium semua anak-anak saya sebelum tidur,saya akan peluk mereka jika mereka ada masalah .Anak saya Tuan,salahkah saya memeluk dan mencium anak saya?Semua yang dalam aduan seperti yang diadukan oleh bekas isteri saya itu tidak benar Tuan.Itu semua apa yang terjadi antara kami ketika kami menjadi suami isteri.Tetapi dia telah memutar belitkan fakta terbabit kepada anak saya.Sumpah atas Nama Allah saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu Tuan.”Setelah selesai disoal siasat aku dinaikkan ke mahkamah untuk sebutan kes. Siasatan masih dijalankan terhadap aku dan perbicaraan akan diadakan pada tahun berikutnya pada tarikh seperti yang ditetapkan.Aku telah diikat jamin sebanyak tujuh ribu ringgit atas dua pertuduhan seperti yang tertera di dalam aduan yang dibuat.Duit jaminan akan diambil setelah semua kes selesai tahun hadapan.Abang aku dan adik aku yang bersusah payah menjamin aku.Aku benar-benar sedih.Akhirnya terkeluar air mata jantanku yang selama ini aku pertahankan.Aku sudah tidak tertanggung lagi.Aku pulang dalam keadaan yang amat menyedihkan.Terasa bagai mati hidup semula.Sakit lebih sakit dari ditikam,kecewa dan kesal atas semua yang terjadi.Semua pengalaman hidup di lokap amat sukar bagi aku.Mungkin aku telah biasa hidup dalam keadaan yang serba lengkap.Betapa sedihnya aku apabila melihat makanan di depan mata.Orang di dalam lokap nak makan makanan sedap pun susah.Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menjamah lagi makanan yang sedap.

Aku dapati pintu rumahku pecah.Barang-barang berhargaku seperti telefon bimbit,tv LCD,beg duit,kad bank dan barang-barang berharga lain semua telah hilang.Tetiba aku terasa terlalu marah.Adikku dan isterinya telah dihalau oleh bekas isteriku semasa aku didalam tahanan. “Cis!!Berani dia ceroboh rumah aku ye”Bentakku sendirian.Aku membuat laporan polis tentang semua kehilangan barang-barangku.Namun Polis tidak mampu mengambil tindakan kerana kami berdua masih lagi dalam eddah,jadi dia ada hak menggunakan anak-anak untuk masuk kedalam rumahku.Aku redha dengan segalanya.Cuma keretaku sahaja yang dia tidak ambil mungkin kerana kereta aku belum habis bayar.Lagipun mungkin dia pikir dia telah ada kereta yang namanya sendiri.Kalau ingin mengharapkan dia berniaga yang kadang kala berniaga kadang kala tidak mustahil dia dapat memiliki kereta menggunakan namanya sendiri.Tetapi aku tidak mahu mengungkit.Memang dia mencanangkan pada semua orang yang kami jadi senang kerana hasil usaha dia.Kerana dia berniaga.Tapi modal berniaga itu datang dari siapa?Sewa kedai datang dari siapa.Berniaga apa kalau dapat habis langsung tidak dapat tolak modal.Aku juga bekerja bahkan gaji aku cukup untuk menanggung keluargaku.Aku yang menyuruh dia berniaga dulu agar dia tidak hidup seperti katak di bawah tempurung.Agar dia dapat sentiasa berhias dan nampak cantik.Agar dia tidak diperbodohkan oleh orang-orang sekeliling dan keluarganya.Agar dia dapat mengenal dunia luar.Tetapi apa yang aku dapat.Dia salah gunakan kepercayaan yang aku beri.Dia makan luar ketika aku tiada. “Lantaklah!!”Bentak aku sendirian.Aku tidak mahu mengingati semua itu.Semua yang telah lepas biarkanlah berlalu.Apa lagi yang dia mahukan??Tidak puas hati lagi ke dengan semua yang dia telah lakukan,Tidak puas lagi ke dia nak menyiksa hidup aku.Anak-anak kini di tangan dia.Puaslah hati dia.Sampai bila lagi dia nak menyiksa seluruh batinku.Aku tidak akan mengalah dengan dia.Aku boleh hidup walaupun tanpa anak-anak. “Lama kelamaan biasalah aku dengan keadaan ini”Pujuk hatiku sendiri.Aku cuma perlukan masa untuk memujuk hati aku.Aku perlu pandang ke hadapan.Buka mata dan teruskan kehidupan aku seperti biasa kini walaupun sendirian tanpa anak-anak.

Hanya Tuhan yang mengetahui betapa rindunya aku kepada anak-anak.Aku terasa diri terlalu sunyi.Aku menjadi terlalu sensitive apabila melihat kanak-kanak kecil.Aku jadi amat sedih.Aku rindu sangat pada anak-anakku.Hanya pakaian mereka menjadi pengubat rindu aku.Setiap kali aku rasa rindu aku akan mencium pakaian anak-anakku dan melihat bilik mereka.Itu sahaja kenangan yang aku ada.Aku tidak akan menangis lagi.Aku tidak akan kalah dengan perempuan yang pernah menjadi isteri aku.Aku akan berdikari untuk hidup sendiri.Memang membosankan namun aku cuba juga menyibukkan hidupku agar aku tidak merasa sunyi.Selepas subuh sahaja aku akan telefon emak di kampung untuk meluahkan semua yang aku rasa.Kadang-kadang aku langsung tidak tidur dan tunggu hingga subuh terus telefon emak.Tidur seperti tidak penting bagi aku begitu juga dengan makan.Apa yang ada sahaja aku makan.Seleraku dan nafsu tidurku seperti mati seketika. Hari-hari hidupku amat membosankan.Tiada yang indah,mula-mula dahulu adikku ada menemaniku ketika dia tamat periksa SPM,tidaklah aku bosan sangat tetapi kini dia pulang ke kampung.Mungkin dia bosan hidup di bandar.Bila dia tidak ada aku meneruskan rutinku seperti biasa.Rutin yang amat membosankan.Sunyi,rindukan anak-anak.Jiran sebelah rumahku cuba untuk mengisi masa kosongku.Cuba mengambil hati aku dengan menghantar makanan.Kadang kala dia sms aku,alasan ingin berurusan perniagaan dengan aku tetapi dia cuba berurusan tentang hati dan perasaan rupanya dengan aku.Bila tanya mana dia dapat nombor telefon aku,rupanya dari telefon suami dia.Tetapi dia isteri orang.Isteri kepada temanku.Lagipun dia bukannya jenis perempuan yang aku ingini.Bahkan aku benci melihat perempuan yang sudah berkahwin cuba menggatal dengan lelaki lain.Cukuplah pengalaman yang aku dapat bila isteriku sendiri curang dengan lelaki lain.Aku bukan selap sangat dengan perempuan.Aku boleh hiduplah tanpa perempuan.Aku tidak nafikan memang aku rindukan kasih sayang seorang isteri,tetapi kali ini aku akan pastikan yang aku tidak salah memilih calon isteri.Beberapa wanita ditempat kerja cuba untuk menghampiriku.Namun aku langsung tidak berminat.Entah aku sendiri tidak pasti mengapa.Adakah aku sudah tidak ada perasaan pada insan yang bernama wanita?Entahlah,mungkin ye mungkin tidak.Agaknya hati aku belum lagi terbuka.Kawan sms ramai,tapi setakat sms sahaja aku tidak berminat nak lebih dari itu.Kalau setakat teman untuk suka-suka memang mudah aku nak dapat dan ramai cuma apa yang aku dapat selepastu.Lepas suka-suka hilang begitu sahaja. “Perempuan sama sahajalah.”Bisik hatiku dengan ego.Emak ada juga bertanyakan tentang aku.Dia ingin mencarikan jodoh buatku.Mungkin dia risau aku sendirian disini. “Mak sahajalah carikan siapa pun tak apalah”suruhku berseloroh.Sampai emak naik malas nak bertanyakan aku hal ini.Aku mahukan wanita yang benar-benar dapat menerima aku seadanya bila dia mengetahui keadaan aku,yang memahami situasi aku,lagipun aku masih dalam kes.Mana ada wanita yang mahukan lelaki dalam kes macam aku,lagi-lagi duda anak empat.Kalau adapun semua itu materialistik.Cukup-cukuplah aku tidak mahu dengan wanita yang hipokrit.Gerenti dia pilih aku sebab tengok aku dari segi luaran sahaja bukan kerana dia benar-benar sayang mahupun cintakan aku.Jadi lebih baik aku sendirian sahaja lagi senang tidak menyakiti sesiapa dan tidak menyusahkan hidup aku lagi.

Semakin hari hidupku terasa begitu kosong,cuba juga menghiburkan hati sendiri tetapi aku gagal.Setiap kali melihat pakaian anak-anak aku akan menangis sendirian.Tiada siapa yang mengetahui.Tidak sekalipun aku menunjukkan rasa kesal dan mempamirkan rasa sedihku kepada sesiapa termasuk teman-temanku mahupun kepada keluargaku sendiri.Tetapi aku mengetahui bahawa keluargaku memahami yang aku dalam keadaan sedih dan sunyi.Aku tetap dengan mukaku yang selamba tersenyum dan sikapku yang sentiasa berseloroh.Sedikitpun orang tidak mengetahui semua beban yang aku tanggung.Aku sendiri tidak tahu pada siapa aku mahu luahkan segalanya.Mungkin belum bertemu dengan teman sejati yang mampu mendengar semua masalah dan rintihan hati aku.Aku meneruskan tugasku seperti biasa.Setiap pagi selepas solat Subuh aku menelefon emakku kemudian bersiap untuk pergi ke tempat kerja.Bila petang aku akan singgah makan dahulu baru pulang dan sampai di rumah aku akan memaksa memejamkan mataku supaya aku tertido.Walaupun kadang-kadang tidak berjaya tetap aku pejamkan juga mataku.Kini tiba masa aku akan bertugas diluar kawasan seperti biasa.Dalam sebulan pasti dua kali aku akan bertugas diluar kawasan.Doaku pada Tuhan agar aku dapat bertemu dengan anak-anak walaupun seketika.Kebetulan ketika aku sampai dikawasan kampung bekas ibu mertuaku untuk melakukan tugas disalah satu tempat kerjaku disana,aku melihat dua orang budak sekolah melintas jalan berjalan dihadapan aku.Aku kenal benar dengan cara jalan dua orang budak itu. “Ye memang aku kenal benar beg sekolah yang disandang oleh pelajar itu.”Bisik aku sendirian.Aku mengikuti mereka dan memberhentikan kereta ditepi jalan smbil memanggil nama dua orang budak itu dengan nama anakku.Mereka menoleh,alangkah gembiranya aku kerana doaku termakbul dan akhirnya aku dapat juga melihat anakku walaupun hanya untuk seketika.Aku memanggil mereka mendekatiku.Puteri Sulungku menangis sejenak sahaja melihatku.Aku menjadi hiba namun aku menahan segala rasa sedih.Hati ayah mana yang tidak tersentuh apabila bertemu dengan anak-anak yang telah lama tidak dilihat. “Maafkan adik ayah,maafkan adik atas segala yang terjadi,adik tidak berdaya,adik mungkir janji”rayu Puteri sulungku memohon maaf atas semua yang terjadi. “Tak apa kakak,ayah faham jangan menangis,amik duitni bagi dengan adik-adik.Dapat jumpa kakak pun ayah dah bersyukur sangat,walaupun hanya sekejap.Pujukku kepada Puteri sulungku.Puteri keduaku cuba melarikan diri dan bersembunyi tidak mahu bertemu denganku.Aku sendiri tidak memahami mengapa.Namun aku langsung tidak terasa hati.Aku terus beredar tidak tahan melihat air mata Puteri sulungku. “Syukur aku dapat melihat anakku walaupun untuk seketika Ya Allah,Alhamdulillah”bisik hatiku sendiri.Telefon ku berdering.Panggilan dari bekas isteriku.Aku mengangkatnya lalu mendengar panggilan tersebut. “Hei jantan!!Berani ye kau jumpa anak-anak aku.berhenti sekarang aku ada dekat belakang kau.Ambil balik duit kau yang tidak seberapa.Aku tidak ingin makan duit kau.Aku akan adu hal ini kepada Polis.”Herdik berkas isteriku.Tersentak aku dari lamunan apabila mendengar kata-kata dari panggilan tersebut.Aku melihat cermin pandang belakang ternampak kereta yang amat aku kenali itu.Aku memberhentikan kenderaan,sambil menurunkan cermin kereta. “Nah amik duit kau.Kami tak laparlah duit kau,kalau kau berani jumpa lagi anak-anak aku,aku akan adukan hal ni dekat polis”ugut bekas isteri aku. “hurm RM200 memang tak nak cuba seribu diam je amik”kutukku di dalam hati.Sememangnya aku fobia dengan nama Polis selepas aku keluar dari gerigi besi tempoh hari. “Tolonglah jangan adukan kepada pihak Polis.Saya cuma nak jumpa dengan anak-anak saya sahaja.Salahke?”Pujukku. “Kau tak layaklah jadi ayah diorang,diorang tak ada ayah macam kau.Jangan ganggu anak-anak aku lagi.Kalau kau tak nak aku adukan hal ni pada Polis,masukkan duit dalam akaun aku RM1500.Kalau tidak tunggulah nasib kau.”Ugutnya dengan senyum sinis memandangku. “Saya mana ada duit mcm tu buat masa ni,nanti kalau ada saya masukkan”Pujukku lagi. “Ok.ingat jangan buat lupa ok”Pesannya kepadaku.Dia pergi meninggalkan aku dalam keadaan serba salah dan sedikit ketakutan dengan ugutannya.Memang aku tidak dibenarkan untuk bertemu dengan Puteri Sulungku oleh mahkamah memandangkan kes aku masih didalam siasatan dan belum dibicarakan.Tetapi salahkah aku berjumpa dengan anak-anakku.Aku teramat rindukan mereka.Lagipun aku tidak mencari mereka,bahkan mereka sekolah dimana pun aku tidak diberitahu.Semua itu kebetulan,Tuhan mahu menemukan aku dengan mereka.Hati ayah mana yang tidak mahu bertemu anak-anaknya yang telah lama tidak ditemui jika ada peluang.Aku teruskan perjalanan dalam kebingungan sendiri.Bila nampak sahaja sekatan Polis dijalan raya aku akan takut sendiri dan berdoa supaya tiada lagi sesuatu terjadi.Aku memberitahu kepada emakku mengenai hal ini.Emak suruh aku memujuknya supaya dia tidak melaporkan hal ini kepada pihak Polis,aku memberitahu emak dia meminta wang jika tidak mahu hal ini kepengetahuan Polis.Emak menyuruh aku mengikuti sahaja permintaanya.Aku sendiri tidak pasti mengapa aku menjadi begitu bodoh mengikuti semua permintaannya seperti terikat dengannya walaupun hakikatnya aku tidak ada lagi sebarang ikatan dengannya melainkan ikatan aku dengan anak-anak.Pulang sahaja dari kerja selama tiga hari aku segera memasukan wang seperti yang dia mahu.Tetapi aku hanya memasukan sebanyak RM800 ringgit kedalam akaunnya.Sedangkan nafkah anak aku telah masukkan setiap bulan. “Saya cuma ada RM800 sahaja,saya telah masukan kedalam akaun awak.”Aku sms ke nombor telefon bimbitnya. “Ok terima kasih,jangan ingat banyak sangat duit kau ni” jawab sms darinya kepadaku.Aku hanya membisu selepas itu.Doaku semoga tiada apa lagi terjadi selepas ini.Aku benar-benar rasa letih dengan semua ini.Hidup seperti di dalam ketakutan dan ibarat di dalam cengkamannya.Aku hanya mampu untuk berdoa kepada Tuhan.Memohon segala petunjuk buatku,agar aku tidak lemah dan diberi kekuatan.

Hari cuti,aku berehat sahaja dirumah harini.Aku menghubungi seorang kawanku untuk mengajak dia bersarapan dan berbual denganku.”Dapatlah aku hilangkan kebosanan ni sikit”bisikku sendiri.Sampai sahaja di kedai yang kami janjikan aku memesan meminum untuk bersarapan.Kemudian tiba-tiba terpacul dari mulutnya. “Engkau tak bosanke sorang-sorang.Tak ada teman.Aku ada sorang perempuanni,kawan adik aku.Aku dengan adik aku dah jumpa dah.Oklah boleh jadi kawan untuk sembang-sembang.Kau cuba lah ok aku tengok perempuanni tapi dia garang tegas sikit.Aku tak boleh kawan dengan dia serius sangat.”Suruhnya kepada aku.Aku hanya tersenyum sendiri.Dia nak ke?Entah kenapa aku melayan pula cerita dia.”Kejap-kejap aku minta nombor telefon dia pada adik aku.”Beritahu dia bersungguh-sungguh.Aku hanya tersenyum melihat gelagat kawanku itu. “Dah ada ke belum?”aku terus melayannya seperti menunjukan minat. “Nah amikni.Meh telefon kau”.Dia menyimpan nombor perempuan itu didalam telefon bimbitku. “Sms lah apa lagi,kau ni aku dah bagi kau diamje”Suruhnya lagi. “Aku nak sms apa mana aku tahu”.Aku meminta pendapatnya. “ semua yang aku tulis tapi ayatnya seperti tidak kena. “Hai kau ni,meh lah sini aku smskan”Dia mengambil telefon ku dan sms kepada wanita itu.Sms dijawab oleh perempuan itu.Cara jawapan sms itu memang seperti wanita yang tegas. “wei dia dah balas takutlah aku,nak jawab apa”Aku bertanya kepadanya. “ lah diakan Tanya kau siapa jawab jelah”dia mengajar aku.Sms aku dibalas lagi,kali ini nampak seperti wanita itu marah.Aku rasa bersalah,jadi aku terus menghubungi wanita itu tanpa membalas sms dari dia lagi. “Hello,awak saya yang sms tadi.Apa khabar,saya cuma nak berkenalan itupun kalau sudi”Aku cuba memulakan ayat cinta ku yang pertama dalam hidupku. “Siapani?Dari mana dapat nombor telefon?Nak apa?Saya sibuk tak ada masa lah!!Mana dapat nompor telefonni??”Soal wanita itu seperti seorang Inspektor Polis.Aku terkial-kial mahu menjawab.Maklumlah aku menipu tadi.Sekejap aku cakap dapat nombor dari adik kawan aku kejap aku cakap dapat nombor dari kawan aku.Berdebar-debar juga aku rasa bila mendengar suara wanita itu.Suaranya merdu tetapi betul apa yang kawan aku bagitahu dia nampak begitu tegas.Panas juga telinga aku dengan soalan bertalu-talu dari wanita itu. “Tak apalah kalu tak sudi maaf saya menganggu”Aku mematikan telefon bimbitku.Berdebar pula aku rasa bila bercakap dengan wanita itu.Mungkin telah lama aku melupakan saat-saat untuk mengenali wanita.Itu yang aku jadi berdebar-debar.Terasa bersalah juga aku kepada wanita itu.Maklumlah aku terasa seperti telah menipunya.Sampai sahaja aku dirumah aku terus mencari-cari nombor yang disimpan oleh kawan aku tadi lalu sms dia. “Saya minta maaf,maaflah kalau saya mengganggu awak.Saya cuma mahu berkawan saja.Itupun kalau awak sudi.Kalu tak,saya tak kisah.saya faham kalau awak marah sekalipun.”Akuan jujurku meminta maaf kerana menganggu dan menipunya.Memang salah akupun.Nak mengayat perempuan konon,tapi langsung tidak kena dengan cara.Telefon aku berbunyi sms diterima “Tak apa,saya tak marah cuma saya tak suka orang menipu.Nak kawan tak salah,lagipun kawan je saya langsung tak ada masalah”.Balas wanita tersebut. “Alamak ada jawapan yang baik”berkata aku sendiri.Kami meneruskan sesi perkenalan dengan memperkenalkan diri masing-masing di dalam sms.Aku selesa sms dengan dia.Bolehlah dia jadi kawan aku kalau aku sunyi.Harap-harap kali ini bukan perempuan materialistik dan hipokrit yang aku jumpa.Kami terus sms mengenali diri masing-masing.Tanpa membuang masa aku meminta untuk bertemu dengannya malam ni.Rasa gementar juga dalam hati aku.Ialah ini kali pertama aku pergi ambil anak dara orang,muda pula baru diawal 20an berbanding dengan umur aku yang dah pengakhir 30an.Memang orang semua cakap umur aku baru 27 tahun bila melihat aku dan mengenali aku.Tetapi hakikatnya umur aku dah nak masuk awal 40an pun beberapa tahun lagi.Bangga jugalah aku bila orang cakap aku jauh muda dari umur aku sebenar. “Tapi nak buat macam mana,mungkin itu hikmah aku selalu tersenyum dan mengikut peredaran semasa dalam berpakaian,kerana itu aku nampak lebih muda dari umur sebenar agaknya.”Tersenyum aku sendiri.Macam baru kali pertama aku rasa semua perasaan ini.Tidak pernah aku merasa semua perasaan ini walaupun dengan bekas isteri aku dulu.Dulu dia yang mengikuti aku.Bukan aku yang mengikutinya.Darah muda tengok perempuan guna skirt pendek jalan tergedik-gedik didepanku serta memujuk rayu kepada aku cair juga aku.Dia yang mengurat aku sampai aku rasa simpati dan sayang kepadanya.Dia yang ikut aku sampai ke kampung untuk berkahwin dengan aku sedangkan ketika itu aku masih lagi muda diawal 20an belum bersedia untuk berkahwin.Kerana simpati kepadanya aku berkahwin dengannya,lagipun dia merayu-rayu kepada keluargaku untuk menerimanya dan memburukan keluarganya dengan memberitahu kepada keluargaku yang dia dibuang keluarga.Demi nama keluarga dan tidak mahu menjadi bahan orang kampung serta rasa simpati dengannya akhirnya kami berkahwin dengan restu dari keluargaku. “Kalau dia boleh burukan keluarga dia tidak mustahil dia boleh burukan kau suatu hari nanti,hati-hati ye”Pesan emakku semasa awal perkahwinan aku dan bekas isteri dahulu.Aku hanya menganggukkan sahaja kepala tanda faham.Dia hanya mengirimkan surat dan salinan akuan nikah sahaja kepada keluarganya memberitahu yang kami telah bernikah.Dari rasa simpati baru timbul rasa sayang kepadanya.Memang sukar pada mulanya memulakan hidup baru dengan tanggungan baru namun aku kuatkan juga hati.Keluarganya pula suka masuk campur dalam urusan keluargaku dan hanya tahu menyuruh dan pandai bercakap sahaja yang kadang-kadang merimaskan aku.Namun aku menganggap semua itu sebagai dugaan dalam perkahwinan kami.Walau aku selalu diperlekehkan oleh ahli keluarganya tetapi tidak pernah sekali kutukan itu memutuskan semangatku untuk berusaha.Sekali mendayung akan aku harungi walaupun deras arusnya. Lagi-lagi bila Puteri sulungku lahir aku menjadi semakin berkobar-kobar untuk berusaha lebih kuat demi keluarga yang tercinta.Begitu juga dengan kehadiran Puteri kedua dan ketigaku.Hidupku hanya buat keluargaku tiada lain difikiranku melainkan dari memikirkan keluargaku agar kami semua berada ditahap yang lebih senang supaya tidak ada sesiapa yang mampu lagi memandang rendah terhadap aku dan keluarga aku.Namun semua kegembiraan mulai berkurangan ketika Putera bongsuku lahir.Segalanya mula berubah,walaupun rezeki mencurah-curah dan kami boleh dikategorikan dalam kehidupan yang senang kini namun kebahagiaan berkurangan.Tidak sepanas dahulu,tidak seindah dahulu.Segalanya berubah sekelip mata.Aku tersedar dari lamunan dan meneruskan langkahku menuju ke rumah wanita itu.Dua tiga kali aku berpusing-pusing akhirnya aku temui juga rumah wanita itu. Aku memberhentikan kereta dikawasan perumahan itu.Sambil melihat seorang wanita bertudung manis dan elok,bertubuh sedikit montok namun berpakaian sopan,berkulit cerah serta bertumit tinggi menuju kearah kereta ku.Dia menghulurkan senyumannya yang manis serta menghulurkan salam perkenalan dan memperkenalkan dirinya kepadaku. “Hai ini saya”Aku membalas senyumannya “saya tahu”jawabku dengan mempelawanya naik ke kereta.Aku membawanya bersiar-siar mengambil angin malam dan berbual-bual dengannya.Dia memang nampak seorang wanita tegas.Setiap apa yang aku katakan dia hanya menjawab “ok” dan tersenyum serta menganggukkan kepalanya.Jarang sekali mendengarnya berkata-kata.Namun dia banyak menyoal aku seperti seorang Pegawai Polis.Dia hanya menjawab dan berkata hal yang penting sahaja.Mungkin dia mahu menguji aku atau malu dengan aku.Tetapi dia nampak bersahaja.Tidak tergedik-gedik dan serius. “saya laparlah,tapi saya tak suka makan dekat tempat yang berhawa dingin,saya tak suka makan di hotel mahupun di café,saya suka makan di warung je.Bebas,boleh guna tangan tak payah nak kena jaga-jaga adab depan orang.Boleh minum ikut cara saya duduk pun ikut cara saya.Saya juga pantang pada orang menipu dan hipokrit.Paling tak suka dengan orang macam tu.”Tiba-tiba dia bersuara dan mengeluarkan kata-kata.Pelik perempuan ni,orang yang jumpa aku semua akan bagitahu “saya selalu minum dekat starbuck,saya akan pegi beli belah pun dekat mid valley.Makan kena tempat yang ada hawa dingin sebab saya tak boleh kena panas.Tak selesalah makan dekat warung”Tapi dia lainlah.Aku membawa dia makan di warung tepi jalan. “Awak nak makan bubur?Ada bubur sedap dekat satu tempatni,mungkin awak suka tapi saya tak tahulah.”Dia hanya tersenyum dan mengangguk.Sampai sahaja ditempat tersebut,aku pun memesan dua set bubur.Tiba-tiba sahaja kami bersuara bersama dan memesan serentak “Jangan pedas ye.”Kami ketawa bersama kerana kelakar dengan situasi tersebut. “Eh boleh samalah pulak dia tak makan pedas.”Bisik aku didalam hati. “Awak tak makan pedas ke?”Aku bertanya kepadanya. Dia menggelengkan kepala “Tak saya mana makan pedas.Saya tak boleh makan pedas kalau makan pedas mulalah saya nak marah orang nanti.”Aku hanya tergelak melihat gelagatnya.Diapun tergelak sama.Aku rasa seperti serasi.Walaupun kali pertama bertemu.Tetapi masih terlalu awal untuk membuat keputusan.Banyak lagi yang aku kena tahu tentang dia.Kebetulan agaknya,dalam keluarga aku memang aku seorang sahaja yang tidak makan pedas.Rupanya dalam keluarga diapun sama juga dia seorang sahaja yang tidak makan pedas.Makanan sampai kami memulakan makan.Dia menyuruh aku membaca doa makan.Aku senyum dan terus membaca doa makan.Beberapa orang disekeliling hanya memerhatikan sahaja gelagat kami ketika itu.Aku terasa hidup seperti mula terisi. “Awak kenapa tak guna chopstick”soalku kepadanya. Sambil tersenyum dia menjawab “saya tak tahu guna chopstick”tak apalah saya guna sudu je.Senang nak makan”Aku membantu dia mengambilkan makanan. “Tak apake saya guna chopstickni bekas mulut saya amik kan awak makanan”Soalku. “Tak apa ok je”jawabnye sambil tersenyum.Aku menghantarnya pulang ke rumah selepas selesai makan.Bermula dari hari itu hari-hari aku akan bertemu dengannya.Setiap hari kami bertemu.Semakin bertemu semakin banyak yang menarik minatku terhadapnya.Mungkin kerna sifat dia yang sederhana,lemah lembut,sopan dan sangat bersahaja serta tidak berpura-pura membuatkan aku senang ketika bersama dengannya.Mulai dari saat itu aku akan mengambil dia pulang dari kerja hari-hari yang seperti menjadi rutin harianku.Aku rasa gembira dengannya.Dapatlah dia mengisi sedikit kekosongan dan kesunyian hati,dapat jugalah aku lupakan sebentar kerinduan aku kepada anak-anakku.Aku meluahkan semua masalahku kepadanya.Dia memang seorang pendengar yang setia.Sentiasa ada dengan aku.Tiadalah masa aku kosong seperti dahulu.Bahkan masa seperti pantas berlalu ketika bersama dengannya.Aku rasa seperti aku telah menyukainya.Peribadinya yang sederhana dan sentiasa tersenyum membuat aku senang berkawan dengannya.Aku serius untuk mengenalinya dengan lebih dekat. “Emak dah serius dah ni,tak boleh pisah dah.”Luahku kepada emak. “Kalau dah macam tu kena terus terang ,dengan dia.Jangan main-mainkan hati orang,terus terang tentang semua yang jadi,terus terang terang tentang status kau pada dia.Kalau dia boleh terima mungkin dia jodoh kau.Baru boleh langkah seterusnya ikut adat masuk meminang.Tapi kalau dia tak boleh terima kenalah terima keputusan dia.Kita tak boleh nak paksa orang untuk terima kita kalau orang dah tak suka.Yang paling penting terus terang,lepastu tengok dia macam mana.”Nasihat emak kepadaku.Aku hanya mendiamkan diri tanda mendengar semua nasihat emakku. “Cantik tak bakal menantu mak tu.”Emak meneruskan pertanyaan.Aku menjawab selamba “mestilah cantik,kena dengan citarasa,nampak elok”

Pengaturan langkahku yang pertama untuk aku berterus terang mengenai aku kepadanya bermula.Mula-mula aku cuma bergurau dengannya.Tetapi aku berterus terang kepadanya.Pertama kali aku berterus terang mengenai statusku kepadanya serta umurku kepadanya dia terdiam dan terduduk. “Saya terima semua keputusan awak,saya dah bersedia awal-awal sebelum terus terang dengan awak.Semua keputusan awak saya terima.Lagipun kita masih baru lagi.Mustahil awak akan sukakan saya lagi-lagi bila awak dah tahu status saya dan diri saya sebenar sekarang.Saya faham,tapi saya serius memang saya suka dan sayangkan awak.Ikhlas dari hati saya.Kerna itu saya berterus terang tentang diri saya kepada awak.Awak jangan paksa diri awak kalau awak tak suka saya.Saya tetap akan teruskan hidup saya seperti biasa selepasni tanpa awak macam dulu-dulu sebelum mengenali awak.Jangan terima saya sebab kesiankan saya.Saya bagi awak masa untuk berfikir.Nanti dah ada keputusan beritahu saya.Tak pa saya terima semua keputusan awak.”Aku meluahkan segalanya kepadanya hari ini dengan penuh kejujuran.Jauh di hati aku,memang aku mengharapkan jawapan yang postitif dari dia,namun aku pasrah jika telah tertulis memang dia bukan jodohku. “Awak,saya terdiam bukan saya tak suka kepada awak,cuma saya terkedu melihat kejujuran awak.Saya benar-benar tidak menyangka naluri saya terhadap awak selama ini benar belaka.Saya benar-benar terkejut yang naluri saya bagitahu kepada saya sama seperti apa yang awak bagitahu kepada saya.Saya juga baru nak mula suka dan menyayangi awak. Jika telah tertulis awak adalah jodoh yang terbaik buat saya,saya akan terima awak seadanya.Cinta kita boleh pupuk selepas berkahwin.Saya redha jika ini ketentuan dari Ilahi buat saya.Mungkin awak adalah yang terbaik buat saya.Jika awak boleh menerima saya seadanya,begitu juga saya akan menerima awak seadanya tanpa mengungkit hal yang lepas.Jumpalah dengan emak dan abah saya.Terus terang tentang niat awak kepada emak dan abah terhadap saya”Dia menjelaskan semua pertanyaan yang ada dalam fikiran aku selama ini.Lega aku mendengar semua penjelasannya. “Y a Allah kau permudahkan segalanya buatku,aku benar-benar bersyukur pada mu Ya Allah,doaku ketika solat.Hidupku kini benar-benar terisi.Keluargaku mula bertemu dengan kedua ibu bapanya.Segalanya berjalan dengan begitu lancar.Keluarganya juga sudi menerima aku sebagai menantu.Memang dia berasal dari keluarga yang baik.Emak dan abahnya sangat memahami.Mungkin dia juga telah menerangkan tentangku kepada keluarganya terlebih dahulu.Jadi mereka langsung tidak menanyakan hal peribadi lagi mengenaiku ketika keluarga kami bertemu hanya berbincang mengenai kami berdua sahaja.Segala perancangan mengenai hal perkahwinan mula diatur.Kami mula meyusun langkah dengan menghadiri kursus kahwin bersama.Memang pantas masa berlalu.Cepat benar segalanya terjadi.Itulah kuasa Tuhan tiada siapa yang menyangka.Dulu dia merampas keluargaku sekelip mata tanpa aku sedari aku tinggal sendiri terkulai dan tersiksa.Kini dia pertemukan aku dengan cahaya yang menerangi hidupku yang langsung tidak terwujud di dalam mimpiku. “Besar benar kuasa mu Ya Allah”doaku di dalam hati kecilku.Perkenalan baru hanya berusia dua bulan.Namun kami telah merancang untuk medirikan rumahtangga.Mendirikan Masjid. “Awak ada lagi satu rahsia mengenai diri saya yang awak belum tahu tentang saya sebelum kita menjadi suami isteri.Saya akan terima juga semua keputusan awak walaupun saya tak boleh hidup tanpa awak kini.Bukan saya tidak mahu terus terang tempoh hari.Namun saya memerlukan kekuatan untuk berterus terang mengenai hal ini kepada awak.Kini saya rasa benar-benar telah bersedia untuk berterus terang kepada awak.Saya tak tahu apa keputusan awak.Namun saya redha.Saya benar-benar sayangkan awak.Saya benar-benar cintakan awak,kerna itu saya perlu berterus terang.Saya tidak mahu awak menyesal menjadi isteri saya nanti.”Aku berterus terang mengenai kes yang sedang aku hadapi.Aku melihat wajahnya.Dia nampak tenang sahaja.Sedikitpun tidak marah dengan segala yang aku sedang jelaskan kepadanya.Segalanya menjadi mudah,ibarat bidadari syurga disebelahku kini.Begitu tenang dia melihat aku dengan wajahnya yang sentiasa tersenyum. “Awak,bukankah saya telah beritahu,saya akan menerima awak seadanya.Siapapun awak,saya redha dengan ketentuan dari Ilahi.Lagipun kes ini masih di dalam siasatan belum lagi disabitkan bersalah.Saya yakin saya berada ditempat yang benar.Saya yakin awak tidak melakukan perbuatan tersebut.Saya percayakan awak.Saya dah mula suka dan sayangkan awak.Awak boleh luahkan apa sahaja kepada saya.Anggaplah saya sebagai teman bicara awak,kawan untuk awak bergurau senda dan bergaduh manja serta sahabat yang sentiasa menemani awak selain dari seorang isteri.”jawabnya dengan tenang.Sungguh sejuk hati aku mendengar kata-katanya.Aku melihat wajahnya. “Inikah isteriku yang bakal menemani aku hingga ke akhir hayatku.Jika benar betapa bahagianya aku.Wajahnya sungguh manis hingga menyejukkan mata sesiapa sahaja yang memandangnya.Tingkah lakunya yang manja dan lembut sangat menenangkan hati aku.Alhamdulillah jika ini hikmah disebalik semua kejadian yang terjadi.Hilanglah sedikit rindu aku pada anak-anak nanti.Anak-anak entah hendak entah tidak jumpa aku.Mereka sekarang dibawah didikan yang berbeza.Aku hanya berserah kepada mu Ya Allah.”Aku berkata sendirian.Segala persiapan untuk majlis perkahwinan telah disiapkan.Semua terlalu mudah,hanya dalam sebulan semuanya terjadi seperti menempah kad kahwin,mencari juru gambar,mencari juru solek serta menyiapkan segala persiapan.Memang pantas tetapi begitu sempurna.Memang tidak dijangka semua terjadi sekelip mata.Perkenalan hanya tiga bulan membawa ke jinjang pelamin yang aku harapkan kekal selamanya hingga ke pintu syurga.Aku akan menjadi seorang suami semula.Namun tanpa anak-anak.Hidup seperti bujang yang baru pertama kali mendirikan rumahtangga.Mereka semua tetap di dalam hati aku.Tidak sedikitpun niat di hati aku mahu melupakan mereka.Namun aku hanya manusia biasa.Aku memerlukan teman disisi hingga aku menutup mata.Aku sendiri tidak dapat membaca adakah anak-anak semua akan kembali kepada ku dan melihatku.Semoga mereka bahagia dan Berjaya dengan kehidupan mereka.Bukan aku tidak mahu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa,namun aku tiada kesempatan untuk melakukannya.Hanya nafkah sahaja yang aku mampu beri kepada anak-anaku itupun di masukkan ke dalam akaun bekas isteriku.Ikut hati mahu sahaja aku berjumpa dengan semua anak-anak.Namun aku tidak berdaya.Tunggulah sehingga segalanya selesai,kalau tidak tunggu sahaja sehingga mereka mahu berkahwin nanti,sudah tentu mereka memerlukan aku sebagai wali mereka untuk bernikah.Segalanya ku terima dengan hati terbuka.Aku kini perlu menunaikan tanggungjawab baruku.Semua yang telah berlalu aku harus lupakan.Tanggungjawab ku kini pada isteriku kini.Isteri yang baru aku nikahi bersama keluarga baru yang akan aku bina kembali.Walau terpaksa bermula semula dari awal namun aku gembira dengan kehidupan kini yang lebih menenangkan.

Bermulalah hidup baruku kini dengan tiga kali lafaz akad,memang berdebar-debar aku rasa ketika mahu melafazkan akad nikah.Terasa seperti kali pertama aku melafazkan akad nikah.Lagipun kami hanya berkenalan selama tiga bulan nama sebenar isteri akupun aku tidak pasti,bila nak nikah baru nak tahu nama penuh isteri itu yang tersasul aku menyebutnya.Inilah dunia baruku,semuanya nampak dalam keadaan baru seperti baru bermula semula.Aku ibarat dilahirkan semula ke muka bumi setelah semua terjadi.Aku membawa isteriku pergi berbulan madu bermula dengan kawasan Selatan,Utara dan Pantai Timur.Janjiku kepadanya ingin menghabiskan berbulan madu di Semenanjung Malaysia sebelum akhir tahun ini.Cuma masanya sahaja berbeza-beza.Isteriku di sahkah hamil selang sebulan kami bernikah.Bunting pelamin orang kata.Aku gembira tidak terhingga,harapanku biarlah anak lelaki,mungkin kerna aku masih tidak puas menjaga Putera Bongsuku dengan bekas isteri pertama dahulu.Namun aku berserah anak lelaki atau perempuan bukan penting,yang paling penting buat aku dan isteri kini bayiku selamat,sihat dilahirkan begitu juga dengan isteriku.Aku bersyukur,rezeki bertambah.Mungkin kehadiran bayi ini nanti dapat mengubat kerinduaan aku pada anak-anakku yang lain.Aku tahu kadang-kadang sikapku menyinggung perasaan isteriku kerna tidak terlepas sedikitpun dari ingatanku pada anak-anakku yang lain.Setiap masa aku menyebut nama mereka semua.Namun bagi menjaga hati aku isteriku hanya menjadi teman yang setia mendengar setiap rintihan kerinduan aku kepada anak-anakku tanpa sedikit keluhan.Aku rasa bersalah ada ketikanya,namun aku tidak mampu mengawal perasaan rinduku kepada semua anak-anakku. “ Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi semua ini.”Pintaku di dalam hati.Selamatlah isteriku kini teramat memahami aku.Dialah segalanya bagi aku,dialah teman aku untuk berbicara,bergurau senda dan pengubat kerinduan aku serta isteriku yang tersayang.Aku teramat bersyukur dikurniakan dengan isteri yang teramat memahami keadaan aku.Walaupun dia cepat marah, jika terjadi sesuatu yang membuat aku rasa terhina serta ada yang cuba untuk memperlekehkan aku.Aku juga tidak perlu bimbang sesiapa akan membuli isteri aku kerna sikapnya yang pantas melawan setiap bulian orang yang mendatang.Dia bijak berkata-kata hingga mengunci mulut sesiapa sahaja yang mendengar dia berbicara,namun kemarahannya terlalu cepat padam ibarat api disimbah air.Langsung tidak berlarutan mahupun memberi kesan.Kadang-kadang kami memang ada berselisih pendapat biasalah suami isteri adatlah bergurau senda namun tidak memberi kesan yang berpanjangan,mungkin kerna lebih banyak persamaan yang wujud diantara kami berdua membuatkan segala perselisihan itu terpadam begitu sahaja tanpa sebarang ungkitan.Selalu sahaja kami bercakap serentak bersama tanpa di duga.Apa yang ada di hati aku sama dihatinya.Apa yang ada dihatinya sama seperti yang ada di fikiran dan hati aku.Mungkin itu penyebab kami serasi ketika bersama.Lagipun dia tidak banyak bercakap dan hanya bercakap yang penting-penting sahaja.Aku yang selalu menyakatnya dan membuat dia merajuk.Dia juga selalu bergurau denganku.Perkahwinan kami masih baru bermula namun terasa seperti telah lama terjalin.Kehangatan cinta sentiasa bahang dirasa.Mungkin inilah dia maksud kata-kata orang tua,bercinta selepas kahwin itu lebih indah dari sebelum berkahwin.Aku mula merasai semuanya.

Isteri aku kini sedang sarat mengandungkan anak pertama kami,jantinanya masih belum diketahui,kini telah berusia lapan bulan kandungan isteri aku.Kebetulan pula hari aku naik mahkamah untuk bicara sama dengan tarikh bayi aku bakal dilahirkan.Memang ianya benar-benar menguji aku namun mungkin ada hikmah disebalik tarikh tersebut.Aku hanya mampu berdoa semoga segalanya selamat.Semoga kami dikurniakan dengan bayi yang comel dan sihat.Semoga isteri aku nanti selamat melahirkan bayi kami,serta semoga kes perbicaraan aku nanti dapat berjalan dengan lancar.Keadaan kesihatan isteri aku kini sedikit terganggu,mungkin kerana ketika ini musim demam dan musim selsema.Kesian aku melihat keadaannya yang kini sarat sambil terpaksa menanggung selsema dan batuk yang mengakibatkan seluruh badannya sakit.Aku hanya memohon supaya dia cepat sembuh dan aku mahu penyakit itu berpindah kepada aku jika diizinkan Tuhan.Biarlah aku yang menanggung sakit tersebut.Tidak sanggup aku melihat dia menanggung kesakitan itu.Walaupun nampak biasa namun amat sukar bagi ibu mengandung.Aku terlalu sayangkan isteri aku serta terlalu mencintainya.Aku benar-benar rasa begitu bahagia.Walaupun bekas isteri aku sering dan cuba untuk menganggu hubungan kami apabila dia mengetahui yang aku telah bernikah lain,namun kebahagiaan kami tidak sedikitpun tercela.Paling penting adalah atas dasar kepercayaan dan saling memahami antara satu sama lain bukan saling menyalahkan.Ikatan cinta yang kuat serta kasih sayang yang utuh tidak akan meruntuhkan hubungan kami walau apapun yang melanda.Memang kadang kala sms mahupun panggilan dari bekas isteri aku itu menganggu emosi isteriku kini namun aku tahu dia memahami situasi sebenar.Biarlah apapun yang orang hendak kata bagi aku dan isteri aku kini yang penting kami mengenali diri kami antara satu sama lain.Kesudahannya hanya Tuhan yang tahu segalanya,aku dan isteri hanya menunggu dan mengikut sahaja rentak di pentas dunia yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha berkuasa.Watak seterusnya hanya menanti skrip yang bakal dilakonkan.Jawapan yang pasti masih belum diketahui hanya mampu berdoa mengharapkan masa depan yang terbaik ~TAMAT~

Karya 2

Syurgaku......

by Noor Nazirah Adnan on Tuesday, May 25, 2010 at 3:30pm ·
Cahayaku.....Naluri wanita muda itu berdetik yang jejaka itu memang cahaya untuknya.Dialah pahlawan,hero dan doktor juga buatnya,...Kenapa jejaka itu???Wanita muda itu sendiri tidak pasti dan jawapannya tidak diketahui.Terpinga-pinga wanita muda itu sendirian tatkala memikirkan hal itu,namun wanita muda itu amat terharu kerna ketika wanita muda itu sedang sakit dan tenat dilanda dengan pelbagai permasalahan,tanpa di duga jejaka itu datang menjelma menghulurkan tangan untuk membantu wanita muda itu.Memang wanita muda itu sedang terkapai-kapai kelemasan mengharapkan bantuan.Ramai yang cuba membantu tapi tiada siapa yang benar-benar ingin membantu..Pelbagai alasan yang diterima,ada yang takut lemas,ada yang belum bersedia,ada yang hanya berpura-pura ingin membantu,ada yang tidak berkeyakinan...Namun  jejaka itu berani menghulurkan tangan membantu wanita muda itu tanpa memikirkan risiko yang bakal jejaka itu hadapi...Wanita muda itu bangga dengan jejaka itu kerana jejaka itulah penyelamat wanita muda itu.Tanpa jejaka itu mustahil wanita muda itu akan kuat berdiri gagah seperti ketika ini,tanpa jejaka itu.. wanita muda itu tidak akan mampu untuk mengharungi hidupnya yang menjelma kini........berbagai2 jenis manusia yang wanita muda itu temui.....tapi mungkin  jejaka itu tidak  sedar hanya dia yang mampu mengembalikan sinar dalam hidup wanita muda itu,kerna dia yang benar-benar ikhlas memimpinnya yang hampir tersembam,mungkin jejaka itu sendiri tidak menyedari segala tindakannya,bahawa keikhlasan dan kejujuran yang diberikan telah mampu membawa sinar kebahagiaan dalam hidup wanita muda itu....termenung seketika wanita muda itu ketika memikirkan semua kebaikan yang dilakukan oleh jejaka itu padanya.Tidak terbalas rasa kasih yang mencurah-curah yang di berikan oleh jejaka itu buat wanita muda itu...tidak terbayar cinta yang di layarkan oleh jejaka itu buat wanita muda itu....hanya Tuhan yang tahu...segalanya.Hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya...wanita muda itu bersyukur kerna kali ini dahan yang dipautnya untuk meneruskan kehidupannya nampak kukuh dan kuat,kental dan berisi...InsyaAllah tidak akan reput kecuali dengan kuasa Tuhan.....Memang kuasa Tuhan itu amat menakjubkan....tiada siapa yang dapat menandingi kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa,Maha Mengetahui,Maha Adil dan Bijaksana itu.Siapa yang mampu melawan takdir Tuhan....Qada' dan Kadar Tuhan...wanita muda itu kini berasa amat gembira dan bahagia dengan jejaka itu.Memang amat menakjubkan....semua yang dilakukan sama,gerak hati serupa,riak wajah seakan membuatkan pautan diantara wanita muda itu dan jejaka itu bertambah kuat.. semaian rasa kasih dan sayang mengeratkan lagi hubungan wanita muda itu pada jejaka itu...hanya satu yang wanita muda itu harapkan semoga kasih sayang dan cinta jejaka itu pada wanita muda itu kekal selamanya,hanya jejaka itu di hati dan ingatan wanita muda itu hingga ke nafas terakhirnya dan tidak terlintas dihati wanita muda itu untuk curang kepada jejaka itu.... kerna bagi wanita muda itu kini....dia adalah SYURGA KU..............





Wanita Itu........

by Noor Nazirah Adnan on Sunday, November 22, 2009 at 3:42pm ·
 
 
Wanita itu.............Seorang Wanita yang asalnya suci seputih kapas akhirnya bertukar menjadi pelbagai warna kehidupan.Wanita itu bertukar watak dan cara kepada yang bukan dirinya angkara geram dengan manusia yang tidak tahu menghargainya...Wanita itu mula mencari kehidupan palsunya dan bermulalah bermacam-macam dugaan yang dilaluinya...pahit,getir,onak, badai,gelora.Wanita itu tetap meneruskan perjalanan hidupnya walaupun hidupnya kini ibarat bunga yang terkulai layu terbuang tanpa madu... tetapi dia tetap meneruskan kehidupannya tanpa menyalahkan sesiapa...Wanita itu tidak mengeluh sedikitpun atas segala yang terjadi,baginya itu satu ujian dan dugaan hidup untuknya....Wanita itu menerima segala tohmahan,cacian dan hinaan yang bukan kesalahannya,Wanita itu sanggup berkorban segalanya demi Insan yang disayangi....Adilkah Jika wanita itu dipersalahkan sendiri kerana tidak pandai membawa diri dan terlalu lemah sehingga manusia boleh mempergunakannya sewenang-wenangnye..berdosakah jika Wanita Itu hanya menyintai seseorang dalam kehidupannya sepenuh hati dan sanggup berkorban demi Insan yang dicintai itu........Wanita itu hanya ingin dihargai,disayangi dan dicintai..salahkah jika Wanita itu membuat keputusan untuk berpisah demi kebahagiaan Insan yang di sayangi,Berdosakah Wanita itu memutuskan hubungan yang telah terjalin bertahun-tahun lamanya untuk mencari kehidupan diri sendiri yang telah lama hilang....Kadang-kadang kita lupa Insan yang berada di depan kita,kadang-kadang kita terlalu asyik dengan kesibukan duniawi sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita terhadap sesuatu perhubungan.....Hubungan dengan Tuhan,Keluarga,Rakan-rakan dan segalanya..............Memang manusia mudah lalai dan terlupa...manusia juga selalu tidak menghargai sesuatu yang berada di depan mata,tetapi bila tiada kita akan tercari-cari,rindu,teringat dan mula menghargainya...Wajarkah peluang diberi berulang-ulang kali kepada Insan yang kita sayangi,sampaikan diri sendiri seolah-olah tiada harga diri kerana terlalu mudah memaafkan dan memberi peluang....Wanita Itu sedikitpun tidak marah dengan ape yang dilakukan oleh Manusia-manusia itu terhadapnya walaupun hidupnya kini Ibarat Bunga yang habis madunya....sebagai manusia layak kah Insan itu diberi peluang berkali-kali dan adakah Insan itu akan menyesali segala apa yang pernah dilakukan atau akan mengulangi semula perbuatan yang sama terhadap Wanita itu?Wanita Itu berubah watak adalah kerana terlalu kecewa dengan sikapnya ,Wanita itu sanggup mengubah hidupnya....demi mengubat hatinya... walau di sakiti dan tidak dihargai wanita itu masih lagi bersama manusia-manusia itu kerana sayang.Hati wanita Itu terlalu kecewa,tersiksa,hancur berderai dengan sikap manusia yang tidak tahu menghargainya....Segala Pengorbanan yang telah dilakukan oleh Wanita itu seolah-olah tidak memberi kesan bahkan hanya membuat Wanita itu menangis......Wanita itu cuba untuk bangun dan berdiri sendiri dengan Azam kembali ke Jalan yang lurus walaupun Wanita itu sedar bunga yang tiada madu ,tidak lagi akan berkembang mekar dan harum...Namun dia teruskan juga pencarian hidupnya dengan kakinya yang lemah dan langkahnya yang tiada tujuan......Wanita itu masih mencari jalan untuknya kembali ke Jalan yang benar dan berusaha mencari ruang demi kebahagiaan hidupnya sendiri....Wanita itu perlukan bantuan untuk berpaut ke dahan yang lurus,kuat dan tidak patah untuk menjadi tongkat baginya menuju ke jalan yang benar dan diredhai..Hanya berbekalkan doa dan berserah kepada Tuhan Wanita itu memberanikan diri untuk meneruskan kehidupannya..Wanita itu yakin semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya dan Wanita itu kini semakin kuat dan Tabah dalam kehidupannya walupun kini dia sendiri.....Dia semakin Tenang dan masih menunggu Tongkat yang benar-benar kuat untuknya meneruskan kehidupan yang diredhai...Dia yakin sinar pelangi buatnya ada dihadapan..Mungkin pintu hatinya masih tertutup rapat kerana terlalu kecewa,tetapi dia menerima sekiranya Sinar Pelangi itu muncul bagi membantu membawanya ke jalan yang benar.........itulah hakikat kehidupan yang sebenar.....Manusia Tidak Pernah Lari Dari Melakukan Kesilapan,Jadi Hendaklah kita Bertaubat sekiranya telah melakukannya.........

Karya 1

Nukilan Hati Seorang Isteri

by Noor Nazirah Adnan on Wednesday, September 14, 2011 at 9:37pm

Suamiku sayang,
Sesungguhnya aku bersyukur ketika aku pertama kali menjadi suri hidupmu..
Aku berasa amat bertuah ketika kau melafazkan akad nikah bersamaku bersama ikrar janjimu...
Terharu aku rasakan ketika engkau meletakkan tanganmu di umbun2 kepalaku tanda aku akan menjadi pendampingmu selamanya...
Suamiku sayang,
Kaulah syurgaku dunia akhirat...
Kaulah segalanya bagiku...
Tiada yang lain dihatiku selain dari kau yang sentiasa bertakhta di setiap benak naluriku..
Suamiku sayang,
Aku teramat-amat mencintaimu,teramat-amat menyayangimu,teramat-amat mengasihimu...
Aku tidak sanggup untuk hidup tanpa kau disisiku..
Aku tidak mampu untuk melewati hari-hariku yang mendatang tanpamu...
Aku cinta padamu sayangku...
Suamiku sayang,
Terima kasih kerna kau sanggup menyuntingku menjadi permaisuri hidupmu...
Terima kasih kerna kau memberi aku peluang untuk menjadi ibu kepada benih-benihmu...
Terima kasih kerna kau memberi aku ruang untuk mengisi kekosongan dihatimu...
Terima kasih kerna kau memberi aku pengalaman melahirkan permata hati kita bersama...
Terima kasih atas segalanya sehingga aku sendiri tidak mampu untuk meluahkannya dari kata-kata...
Suamiku sayang,
Andai ajal menjemputku pulang sebelummu,andai syurga membuka pintu seluas-luasnya buatku,akan aku nantikan kau di pintu syurga yang kekal hakiki....
Namun andai Tuhan menyanyangi kau lebih dari aku, akan aku jelajah hingga ke hujung akhirat di setiap pelosok mencari mu walau aku terpaksa mencari beribu-ribu tahun lamanya sehingga aku tiba dipintu syurga menemuimu....
Suamiku sayang,
Terima kasih kerna kau menjadi suamiku yang amat terbaik didunia ini sehingga aku merasakan tiada lagi suami yang lebih baik selain darimu...
Terima kasih kerna kau tidak pernah lenguh menjadikan lenganmu sebagai bantal untuk aku beradu disisimu...
Terima kasih kerna kau sanggup melayan segala kerenahku yang kadang kala menguji kesabaran hatimu....
Terima kasih kerna kau sentiasa memanjakan aku sehingga aku terasa lebih bertuah dari anak-anak kecil....
Terima kasih kerna kau menjadikan aku isteri yang amat-amat bertuah didunia ini...
Terima kasih wahai suamiku sayang,terima kasih wahai Putera hatiku,terima kasih wahai syurgaku...
Hanya Tuhan yang dapat membalas segalanya...
Syurgakuuuu





Luahan Hati Bayi Yang Terbuang

by Noor Nazirah Adnan on Tuesday, August 17, 2010 at 11:33am ·


Inikah dunia??Busuknya!!!Tempat apeni??Kotor!!!Dekat mana akuni??Kenapa aku kat sini??"Mama tolonggg adik Mama anjing tu nak datang dekat adik,adik takut Mama..dia nak makan adik.Mama!!!Tolong adik Mama, kenapa tinggal adik dekat sini??Adik tak nak tinggal dekat sini Mama..Adik takut.Tempat ni bau busuk,kotor sangat ada ulat Mama.Mama.......Mama!!!Sampai hati Mama buat adik macam ni,kenapa Mama???kenapa??Apa salah adik???Mama yang berseronok dengan Papa kesana kesini,tanpa batasan..bergembira sentiasa tanpa waktu sampai tak ingat dunia,tidak tahu waktu sembahyang,tidak tahu mana yang halal dan haram,tidak tahu mana jalan ke neraka dan syurga..kenapa ini balasan yang adik terima dari ketaksuban nafsu Mama dan Papa??Kenapa Mama??Mana Papa???Kenapa adik dekat sini Mama??Kenapa??Semua ni bukan salah adik Mama!!Adik tidak bersalah walau sezarah pun Mama...tapi kenapa adik yang kena tanggung semua dosa-dosa yang Mama dan Papa lakukan bersama??
Sampai hati Mama,tinggal adik dekat sini...Walaupun semua orang cakap Mama perempuan jahat,perempuan jalanan,adik tetap sayang Mama.Tapi kenapa Mama tak sayang adik?Kenapa Mama??Kenapa Mama boleh sampai hati tinggalkan adik??Adik ni anak Mama!!!Anak yang mama kandung selama sembilan bulan Mama!!Mama tak rasa sikit pun sakit ke masa lahirkan adik??Mama tahu tak adik sentiasa doakan Mama semasa adik di dalam kandungan Mama??Selama sembilan bulan adik berselawat untuk Mama.Tapi kenapa Mama buang adik??Mama tak sayangkan darah Mama yang mengalir keluar masa Mama lahirkan adik ke??Mungkin Mama tak rasa sakit masa lahirkan adik kan??Mungkin juga tiada setitik darahpun yang keluar dari tubuh Mama masa adik dilahirkan..betul kan Mama??Kalau tidak kenapa Mama sanggup buang darah daging Mama sendiri!!Kenapa Mama???Sampai hati Mama....
Adik impikan keluarga yang bahagia Mama,yang saling menyayangi,yang diberi didikan Agama sepenuhnya,yang tahu hak asasi kemanusiaan tapi mungkin itu hanya mimpi adik semata-mata Mama.Adik mahukan Mama dan Papa itu je Mama,tapi kenapa Mama tinggalkan adik dekat sini Mama??Kenapa Papa tak nak mengaku adik ni anak dia Mama???Sampai hati Mama dan Papa.....Manusia jenis apa Papa tu Mama??Haiwan atau Manusia Mama??Kenapa dia mesti jadi Papa adik Mama??Kenapa dia tak nak terima adik Mama??Mama sanggup berkorban segalanya demi Papa,tapi kenapa Papa tak sanggup berkorban demi Mama???Kenapa Mama???
Mama,tengok lah anak kucing tu Mama..dia ada emak.Dia sedang minum susu ibunya sendiri.Emaknya sayang sangat pada dia.Bapanya datang menjilat-jilat bulu dia tanda kasih pada anaknya tapi kenapa adik tidak dapat merasai semua itu Mama...Kenapa Mama???Adik haus Mama,hauskan susuan dari seorang ibu,dahagakan kasih sayang dari seorang ibu dan ayah...Malangnya nasib adik Mama,dilahirkan di dunia tanpa kasih sayang Mama dan Papa.....
Nafas adik semakin tersekat Mama,badan adik semakin sakit dan perit Mama.Adik benar- benar kecewa ada Ibu bapa macam Mama dan Papa kalaulah adik tahu Mama dan Papa adik begini,dari awal lagi adik tidak mahu langsung melihat dunia Mama.Adik hampa ada Mama dan Papa manusia yang hanya tahu keseronokan tapi tidak mahu menanggung sebarang akibat dari keseronokan.Adik semakin lemah Mama,adik tidak terdaya lagi Mama.Doa adik yang terakhir semoga Mama terlepas dari Azab Tuhan yang Maha Berkuasa Mama,Adik tetap tunggu Mama dihari pembalasan yang bakal tiba nanti Mama,Mama dan Papa akan lihat adik lagi nanti di sana,Selamat tinggal Mama.Semoga Bahagia dan Aman di dunia Mama..........Adik tidak akan pernah lupakan Mama,Itu janji adik Mama.

(HAK CIPTA TERPELIHARA NOOR NAZIRAH ADNAN)
*Aku ingin terus hidup melihat dunia


Sinar Ramadhan....

by Noor Nazirah Adnan on Monday, August 9, 2010 at 11:10am ·

Segala puji bagi Allah kerna masih lagi memberi ruang untuk aku bernafas serta menikmati keindahan alam duniawi ini bersama dengan suamiku yang tercinta Azhar Ahmad.
Terlaksana segala impianku dan angan-anganku untuk menyambut Ramadhan bersama suami tersayang.Walaupun pada masa itu, aku tidak mengetahui siapa suamiku dan masih lagi tertanya- tanya siapa teman hidupku namun itulah niatku yang amat aku ingini.Aku sendiri tidak pasti ketika itu adakah aku akan perolehi segala niatku,namun siapa yang dapat menyangkal kuasa Tuhan.Tiada siapa yang mengetahui kecuali DIA yang Maha Mengetahui segala-galanya serta Maha Berkuasa.
Kehangatan Bulan Ramadhan mula terasa,tidak sabar rasanya aku menanti kehadiran Bulan Ramadhan pada tahun ini.Terasa amat bermakna dan sangat memberi erti buat hidupku.Tahun 2010 ini aku akan menunaikan Rukun Islam yang ketiga itu bersama dengan insan tercinta disisi.Umpama mimpi dalam mimpi,tiada siapa yang dapat menduga segala ketentuan Ilahi.Tahun lepas aku sendiri dalam kesedihan,tapi tahun ini aku gembira dengan tangisan kesyukuran yang amat bernilai buatku.
Hadiah yang tidak ternilai dari Yang Maha Pencipta buatku ialah apabila aku disahkan hamil anak pertama dan kini berusia dua bulan lebih.Sungguh aku tidak menduga mendapat bonus yang paling besar dalam hidupku.Langsung aku dan suami tidak menyangka rezeki datang secepat ini.Ramai yang bagitahu Akuni Bunting Pelamin,entahlah aku sendiri tidak pasti.Mungkin agaknya.Namun aku tidak kisah yang penting segalanya selamat hingga tiba masanya AZ Junior (Gabungan Azhar n Azirah) melihat dunia nanti.Hanya takdir yang menentukan segalanya,menyambut bulan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini bersama dengan suami tercinta dan AZ Junior yang bakal lahir pada bulan Mac nanti.
Segalanya berlaku terlalu pantas,cepat sungguh masa beredar pergi meninggalkan masa-masa silam yang penuh kedukaan dan kepahitan.Namun kenangan hanya tinggal kenangan. Kini hidupku sungguh ceria dengan Sinar Kebahagiaan yang menjelma.Aku sungguh gembira kini.Mungkin inilah hikmah bagi tiap-tiap kedukaan yang aku alami.
Kepentingan ku kini,hanyalah suamiku dan cahaya mataku yang bakal lahir tahun depan,merekalah Sinar Hidupku.Seluruh hidupku adalah buat mereka,hidup dan matiku adalah buat mereka.Lama aku tunggu saat-saat begini,berpuasa penuh di bulan Ramadhan,Alhamdulillah nampaknya tahun ni dapatlah aku melaksanakan niatku itu.Harap-harap tiadalah sebarang masalah yang melanda.Inilah Sinar Ramadhan dalam hidupku....Aminnnn

Tempat yang menenangkan Sinar Kebahagiaanku.....





Kebahagiaanku...........

by Noor Nazirah Adnan on Friday, July 9, 2010 at 10:10am ·

Alhamdulillah,kehidupanku lebih bermakna kini.Bunga-bunga cinta yang berputik terus mekar dan segar diterangi cahaya sang mentari.Siraman air menyuburkan lagi si bunga yang memang sedang mekar kembangnya...ditemani suami yang cukup memahami dan amat penyayang membuatkan ikatan cinta yang baru bermula harum mewangi terus menyebarkan semerbak harumannya ke pelusuk hati nurani...sukar untuk diluahkan betapa bahagianya aku kini ditemani suami yang senantiasa berada disisi aku tidak kira masa sekalipun...walau pun kadang kala dia terpaksa menjalankan tugasnya di luar kawasan namun rasa kasih,sayang dan cinta yang kuat lahir dari hati mendekatkan lagi hubungan kami..pintaku dari yang Esa semoga semuanya terus kekal hingga ke akhir hayatku....
Bahang berumahtangga sudah mula terasa..pahit,masam,manis dan payau membuatkan ikatan cinta yang ikhlas lahir dari hati ini menerima semua itu sebagai suatu dugaan dan ujian dari yang Maha Berkuasa...namun itu semua tidak mematahkan semangat dan cinta yang ada dalam hati kerna semua itu hanyalah ibarat seperti "semut yang masuk ke dalam gula" kerna semut itu boleh ditapis,dibuang walaupun kadang kala agak sukar kerana saiznya yang kecil tetapi ianya masih boleh ditapis dan digunakan kembali gulanya,cuma perlukan usaha sedikit.....Kebahagiaan datangnya dari hati yang benar-benar ikhlas saling menerima pasangan seadanya,saling berkomunikasi,bertolak ansur dan saling memberi dengan ikhlas tanpa meminta balasan di atas setiap apa yang diberi...
Aku tidak pernah amik tahu apa itu rumahtangga sebelum ini,sentiasa menyerahkan segalanya kepada takdir dan Tuhan menentukan arah hidup aku.Tidak sedikitpun aku mencari cuma membuka ruang untuk berkawan bagi mengisi masa-masa ku yang kosong.Penat menjalinkan hubungan serius dari sekolah bertahun-tahun akhirnya aku akur semua jodoh dan takdir kita ditangan Si Pencipta.Tapi siapa sangka bila aku langsung tidak terpikir untuk berumahtangga,Tuhan mengurniakan aku sebuah hadiah perkahwinan dengan jejaka yang hanya aku kenali selama 3 bulan..Itulah kuasa Tuhan yang tiada siapa tahu...
Jalan yang aku pilih ini masih terlalu panjang,aku sendiri tidak tahu apa yang ada dihujung perjalanan sana,aku masih berada diawal perjalanan dan baru sahaja memulakan langkah perjalanan aku.Masih banyak lagi yang aku tidak nampak serta tidak tahu pemandangan bagaimana dan jalan bagaimana yang ada dihadapan aku.Adakah terus lurus??Adakah bengkak bengkok?Adakah berbukit bukau??Adakah tenang ibarat menyusur dilaluan tepi pantai??Aku sendiri tidak pasti,Namun aku hanya mampu berdoa dan memohon agar jalan yang aku pilih ini terus lurus dan tenang ibarat menyusur dilaluan tepi pantai ditemani oleh angin sepoi-sepoi bahasa.Tak kiralah apapun yang bakal terjadi,aku telahpun memilih untuk melalui jalan ini,jadi aku harus bersedia untuk menerima dan menghadapi sebarang kemungkinan yang akan terjadi disepanjang perjalanan ini.Hanya Tuhan yang dapat membantu segala-galanya andai terjadi sebarang kemalangan dalam perjalanan hidup ini.Paling penting aku hanya perlu sentiasa berhati-hati dan memanjatkan doa kepada yang Maha Berkuasa agar tidak berlaku sebarang kemalangan atau tergelincir dari landasan perjalanan ini.
Sesungguhnya aku teramat sayangkan Mahligai ini,buih-buih yang berterbangan menghangatkan lagi mahligai yang terbina agar menjadi kukuh dan tidak rapuh.Aku terasa amat bahagia disamping suami tercinta,hanya dia dihati ku kini.Tiada insan lain yang bertakhta di hati ini hanya suami ku Azhar Ahmad.Hidupku ini bertambah bermakna dan ceria lagi-lagi bila aku mendapat khabar gembira dan ini lebih menguatkan lagi ikatan kasih dan cinta antara aku dan suami dengan wujudnya benih cinta yang terjalin antara kami didalam rahimku.Mudah-mudahan benih ini terus membesar dengan sihat dan bila diizinkan melihat dunia nanti aku berharap agar benih suamiku ini menjadi seseorang yang soleh dan solehah,cantik dan tampan,bijaksana dan berilmu,berakhlak mulia dan berbudi pekerti serta menghormati orang tua.......Aminnnn........l
love u so much3 a lot cyg....





LOVE U SO MUCH EMAK,ABAH,OJAH,KEROL DAN ADIK

by Noor Nazirah Adnan on Tuesday, May 25, 2010 at 4:41pm ·


Terima Kasih kepada Emak,abah yang tidak terkira nilainya kerna sudi menjaga kakak dari kakak dilahirkan sehinggalah kakak dewasa kini...ntahlah...Semakin hampir hari bahagia aku,semakin aku terpikir bagaimana rasanya hidup tanpa emak,abah dan adik-adik....pasti dunia aku ini sepi dan sunyi,tanpa mendengar leteran emak yang tidak pernah berhenti,ada je benda yang nak dibebelkannya...tanpa mendengar gelagat loyar buruk abah yang membuatkan kami sekeluarga tidak kering gusi ketawa,ade je ayat baru yang dia cipta....tanpa mendengar adik perempuan aku menjerit naik angin yang kadang-kadang menyakitkan hati,ada je benda yang dia nak marah sendiri........tanpa mendengar bunyi hentakan kaki adik lelakiku berjalan seakan-akan bergegar ruang rumahku,heheheheh memang dia macam tu tak reti nak jalan perlahan-lahan....tanpa melihat adik bongsuku merajuk dan menjerit kerna diusik oleh angah dan abangnya iaitu adik perempuan dan adik lelakiku,memang dia je yang sentiasa kena sakat sebb dia yang bongsu...pasti aku akan terasa amat sunyi,tanpa mereka disisi aku.Mampu ke aku hidup tanpa mereka..kasih sayang mereka dan ragam mereka yang pelbagai kadang-kadang buat aku geram,sedih,sakit hati dan tergelak...sendiri.....Ada macam-macam ragam dalam rumah ku....Rumah ku tidak besar hanya rumah flat ada tiga bilik tapi cukup untuk 6 orang (satu keluarga)....bergaduh,bergurau senda dan bergelak ketawa......aku sayangkan keluarga aku...teramat-amat sayangkan keluarga aku.....aku teramat sayangkan emak,abah dan adik-adik aku....pasti aku akan rindukan mereka sangat-sangat.....hurmm aku terasa seolah-olah macam aku baru tersedar dari mimpi.....macam aku baru terjaga dari dunia khayalan......tak sangka yang aku tidak lama lagi akan bergelar seorang isteri....semakin besar tanggungjawab aku kelak sebagai seorang isteri..selama ni,aku macam puteri raja,nak makan mak sediakan...nak guna baju amik je dalam almari semua dah siap lipat tinggal guna je,nak tido leh tido sesuka hati sampaikan nak bangun pukul berapa pun tak pe,nak masak tak tahu yang aku tahu makan je dah dihidang,nak pergi memana abah hantar dan ambil cakap jek nak pergi mana transport no hal.......teringat aku akan kata-kata abah "cam ne kak esok kau kahwin suami kau nak suruh masak...kau nak masak ape....mak mertua datang nanti tak akan nak beli lauk dekat kedai pulak..."jawapan standard degil aku biasalah...."alah lambat lagilah abah nak kahwin...nanti dia lapar pandai lah dia masak sendiri....first kahwin makan jelh lauk telur hehehehe" tergeleng2 kepala abah aku tengok gelagat aku.....mak pulak..."kau ni malas lah kak..pukul berapa ni baru nak bagun....dah pukul sepuluh pun tak bangun-bangun lagi..."jawapan malas aku "alah mak rileks r....bantal ni cakap awal lg...lah...." mendidih hati mak agaknya kejutkan aku.... Adik perempuan aku selalu usik aku "kau tu kak tengok hindustans je...lipat baju malas" jawapan sakit hati aku "alah kau r lipat dah nampak depan mata tu" geram je hati dia.....Adik lelaki aku komen "pandai ke kak kau buat air ni...." jawapan berlagak aku "alah setakat air kakak thu r...." terkerut muka dia dengar jawapan aku...Adik bongsu aku pulak saun aku "kakak ni asyik tido jek,tu lah gemuk" jawapan slamba aku "alah biarlah....adik tu yang nak tido kan sebenarnya"......dia ketuk aku dengan bantal,geram..bila aku teringat semula semua tu aku terasa kelakar sangat.... dan rupanya berguna semua apa yang mereka cakap pada aku tu.....tiba-tiba aku terasa sedih sangat bila berpikir yang aku tidak akan lagi tinggal dengan mereka...kerna beberapa hari lagi aku akan ada rumah aku sendiri....yang buat aku lagi bertambah sedih bila adik bongsu aku tanya aku..."kakak betul ke kakak nak kahwin,kenapa nak kahwin pulak,nanti adik boringlah...kakak tak ada..."berkali-kali dia tanya aku... siap ajak aku ambil gambar macamlah tak jumpa aku lagi....sedih nya aku rasa sampai menyentuh hati aku...kerna itu lah aku tulis coretan ini...aku terasa sebak... dan sedih......sesungguhnya aku amat sayang kan emak,abah dan adik-adik.....tak termampu nilainya kasih sayang aku pada mereka....hanya Tuhan yang Tahu segalanya......sesungguhnya I LOVE U MAK,ABAH,OJAH,KEROL and ADIK....... LOVE U ALL SO MUCH....Dari KAKAK......(Jadi Hargai dan sayangilah keluarga(mak,abah dan adik2) anda semua selagi mereka masih ada di muka bumi ini,sebelum menyesal dan sebelum terlambat)
Kehidupan semakin ceria dan bahagia ketika hadirnya Azhar dalam hidup Iera.....Walaupun Iera pernah kecewa setelah bercinta selama 7 tahun satu ketika dahulu,namun hidupnya kini ceria dengan kehadiran Azhar.Perkenalan selama 3 bulan bermula dari Muka buku,kata Inggerisnye tu Facebook r heheeheh..macam lagu Najwa Latif tu r lebih kurang "Cinta Muka Buku"hihihihi. Diperkenalkan oleh abang kepada seorang teman di FB kepada Iera,berkesanlah kiranya serta pertemuan pertama kalitu telah membawa Azhar dan Iera ke jinjang pelamin.Kawan memang ramai ketika tu,Iera pun ramai kawan lelaki,Azharpun ade kawan perempuan...tapi Kuasa Tuhan memang Menakjubkan.masa yg sepantas kilat merubah segalanya.Siapa sangka Istilah 'just friend' kata orang putih r jadi 'Husband and Wife....' Semua orang terperanjat masatu,mak abah dengan adik-adik pun terkelu tetiba orang datang merisik.Saudara mara,teman2 terdekat pun tertanya2. Kira hangat gak r masatu kisah Azhar dan Iera hihihihi.5 JUN 2010 Azhar dan Iera pun selamat disatukan sebagai pasangan yang sah disisi agama dan masyarakat.Mungkin tempoh itu terlalu singkat bagi sesetengah pihak untuk memilih teman hidup yg boleh membawa ke syurga.Tapi kalau dah memang jodoh dan sedia tertulis di Luh Mahfuz seharipun boleh menjadi hak yg hakiki tak perlu nak kenal lama2 sebab boleh membawa kepada fitnah serta lebih kepada keburukan.Paling penting adalah Ikhlas menerima pasangan masing2 seadanya bukan kerna duit mahupun harta benda dan rupa.Duit,harta dan rupa xkekal lama hanya pinjaman sementara,keikhlasan itu yg utama kerna akan hadir rasa kasih dan sayang serta Cinta yg sejati,tapi kalau duit,harta dan rupa tu termasuk dalam pakej keikhlasan tu tadi apa salahnya kan kira LUCK r tu hihihiiihi.Jadi kepada kawan2 semua yg belum berkahwin lagi tu,cepat2 jgn tunggu2 lagi tak perlu bercinta lama2,kerna bercinta selepas kahwintu sangat syok dan menyeronokan tau lebih romantik.. heheeheh...tak percaya cubalah!!!!!